Kursus UZAR...Daftar Segera

Kursus Solat & Muhasabah

Diri Terakhir Tahun Ini : Daftar Segera..

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Kursus Terakhir Tahun Ini


Kursus Solat Sempurna & Muhasabah Diri saya telah hampir mencecah 3 tahun umurnya. Ia juga telah dianjurkan hampir 70 kali di pelbagai tempat seluruh Malaysia, termasuk Brunei dan Jordan. Ada yang dianjurkan oleh syarikat swasta, kerajaan, IPTA, IPTS, Masjid dan lain-lain. Alhamdulillah, sambutan juga amat menggalakkan, sepengiraan saya purata pesertanya mencecah 14,000 orang.

Ye sekitar 10-14 ribu peserta telah menyertai kursus ini,malah ada yang menyertai lebih dari tiga kali bagi memperolehi dan mengulang kembali ilmu yang dibentangkan di dalam kursus ini.

Kursus ini juga telah menerima pujian melambung dan kejian keras. Pujian biasanya datang dari peserta yang telah menyertainya, dan kejian biasanya datang dari ‘hear say' atau mendengar cerita orang dari mulut orang sedangkan mereka sendiri tidak pernah menyertainya.

Ada yang memuji tanpa ikhlas dengan niat untuk merosakkan saya, ada pula yang mengutuk kerana cemburu dengan kejayaan kursus ini (penyakit typical orang kita). Tidak dinafikan ada yang memuji dengan ikhlas dan terharunya mereka dengan ilmu yang diperolehi dan ada juga kritik kerana ikhlas untuk menambah elok program ini. Allah sahaja yang mengetahui niat mereka dan membalas yang terbaik berdasarkan niat mereka.

Nabi s.a.w bersabda :-

Ertinya : Cukuplah seorang itu digelar pembohong apabila menyebarkan semua benda yang didengarinya (tanpa usul periksa) ( Riwayat Muslim)

Apapun, kursus ini berjalan berterusan mengikut kemampuan masa saya sepanjang tiga tahun yang lalu iaitu bermula Dis 2004 bertempat di masjid as-Syakirin, KLCC.

Targetnya Apa?

Targetnya hanya untuk mengajak umat Islam mendekati solat mereka dengan lebih terperinci agar mereka mampu menunaikan solat dengan lebih berilmu berbanding sebelum ini. Kursus ini membentangkan panndangan mazhab Syafie sebagai asas dan dalil-dalil yang disebutkan oleh mazhab Syafie, sebagai meraikan mazhab di negara ini dan adakalanya memberikan input tambahan tentang pandangan sahabat baginda dan ulama-ulama dari mazhab lain.

Ini kebiasannya dalam isu-isu perkara sunat sahaja. Seperti ada yang tidak dianggap wajib, sunat atau makruh oleh mazhab Syafie tapi dianggap sunat oleh mazhab lain. Justeru saya bentangkan sebagai motivasi untuk mereka lakukan. Demikian juga sebaliknya.

Terbukti dari seluruh kursus yang telah dianjurkan, begitu ramai orang Malaysia yang sebelum ini mengganggap mereka bermazhab Syafie tetapi rupanya tidak pun menunaikan ibdah solat seperti yang tercatat di dalam kitab mazhab Syafie yang muktamad. Namun tidak mengapa dan kita perlu berlapang dada, kerana kebanyakkannya hanya melibatkan hal-hal sunat atau tidak sunat pun, ia langsung tidak menjejaskan solat, cuma boleh diperbaiki lagi. Proses pembaikan itu yang kami tumpukan dalam kursus ini.

Kesimpulannya, saya berusaha BERUSAHA melalui kursus untuk : -

a) Mengajak menghayati hadith Nabi " Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat (mempunyai ilmu) tentang perihal aku solat" (Riwayat Bukhari). Sambil mengutamakan pentafsiran mazhab syafie terhadap dalil-dalil sambil meninjau dan memanfaatkan ijtihad dari mazhab-mazhab lain.

b) memotivasikan orang ramai agar mengamalkan sunat-sunat dalam solat secara maksimum dan ilmu di samping menunaikan rukun dan syarat solat secara terbaik menurut persepakatan ulama sambil mempelajari dalilnya.

c) satu usaha membawa orang ramai ke arah menghayati solat mereka dengan memuhasabah kefahaman bacaan dalam solat dan setiap pergerakan solat mereka, agar benar-benar terbaik fizikal dan spiritual.

d) satu usaha membawa orang ramai ke arah memahami apakah dosa-dosa terbesar yang menyebabkan solat mereka menjadi tidak khusyu' ..

e) satu usaha membawa orang ramai ke program ilmu agama yang disebut oleh Nabi : Sesungguhnya Allah mempunyai sekumpulan Malaikat yang ditugaskan mencari majlis ilmu dan zikir, apabila mereka menjumpainya, maka para malaikat ini akan duduk bersama lalu berkata kepada yang hadir : Marilah minta (doa) dengan apa yang kamu inginkan" (Riwayat Muslim)

Nabi juga menyebutkan : "Barangsiapa yang mencari satu jalan untuk memperolehi ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya satu jalan ke syurga.." ( Riwayat Abu Daud, Tirmidzi ; Ibn Hibban : Sohih ; Al-Qaradawi : Hasan ; al-Muntaqa ; no 46 , 1/ 120 )

f) satu usaha membawa orang ramai bekorban sejumlah wang dan masa untuk tujuan kehampiran Allah dan RasulNya..iaitu untuk ilmu dan manfaat akhirat...mgkn ada sesetengah orang yang tak pernah menyumbang untuk agamanya, maka kursus ini menyebabkan orang itu berkorban masa cuti dan sedikit wangnya (sebagai yuran) untuk hadir

g) satu usaha membawa orang ramai insaf dengan kelalaian yang dibuat. Sebahagian peserta dilihat menitiskan air mata keinsafan dan kesedaran atas dosa-dosa yang tidak pernah mereka sangkakan. Ada juga yang menitiskan air mata ini semasa ceramah keempat saya. Namun itu bukanlah target saya, namun saya turut gembira jika titisan air mata itu kerana Allah. Sebuah hadith menyebut : "Dua mata yang tidak disentuh api neraka, iaitu mata yang menangisi kerana takutkan Allah, dan mata yang berjaga di jalan Allah"

h) satu usaha membawa orang ramai mempelajari selok belok ibadah solat yang dituntut dalam masa sehari secara intensif, dalam suasana pembelajaran moden dan interaktif serta mengutamakan isu-isu pokok dan paling penting. Jika ingin harapkan pelajaran solat di masjid dan surau, sudah tentu memakan masa bertahun-tahun dan banyak lagi.

Modul Untuk Dewasa

Perlu diingat modul kursus ini dirangka untuk orang dewasa. Dalam kata lainnya untuk target individu berusia 15 tahun ke atas. Bawah dari umur itu mungkin ada risiko ia akan ditimpa kebosanan. Namun terpulang kepada anda untuk mendaftarkan anak anda atau tidak.

Oleh kerana ia modul untuk dewasa, cara penyampaian juga adalah untuk level orang dewasa yang mengutamakan sentuhan fikiran, minda dan hati. Ia juga bersifat interaktif, anda boleh menyoal soalan secara bertulis mahupun secara terus bersuara.

Namun perbincangan saya hadkan kepada tahap ilmiah yang sederhana dan tidak terlalu ‘detail' sebagai meraikan kepelbagaian latar belakang peserta. Namun saya akan pastikan ia tetapi selesa didengari bagi orang yang bertaraf tinggi serta mereka juga akan diberi beberapa input baru. InshaAllah. Tidak akan jadi semacam si kanak-kanak pintar Matematik (Adi Putra) yang bosan belajar di sekolah kerana terlalu rendah ‘level' pengajian yang diberi kepadanya.

Saya nyatakan ingin kerana agak ramai individu menyangka kursus ini untuk kanak-kanak dan layak untuk anaknya sahaja. Padahal si ibu dan ayah sendiri pun solat masih tunggang langgang. Lebih malang tiada siapa yang ingin membantu ibu ayah. Kem solat untuk anak-anak memang banyak, bagaimana pula untuk si ayah dan ibu? Ini dia kursus untuk mereka menyemak tatacara solat mereka. Kursus ini tidak membid'ah ini dan itu, kami hanya mencadangkan dalam kursus ini seperti berikut :-

"bagaimana jika buat begini berdasarkan dalil ini dan tafsiran ulama berikut", mungkin dengan niat ikhlas kita, akan dapat pahala sunatnya itu, tetapi jika tak buat pun, tiada masalah besar".

Kami tidak mendabik dada mengatakan kami tahu yang terbaik, tetapi sekurang-kurangnya itu usaha kerdil kami dan kami telah berusaha membaca 40 buah kitab ulama silam dan moden bagi memperolehi ilmu yang ingin disampaikan.

Bagi saya, jumlah buku rujukan utama sebanyak itu sudah mencukupi. Kuantiti buku tidaklah begitu penting, kualitinya lebih penting. Justeru kami hanya memilih kitab paling berkualiti silam dan moden untuk digali ilmunya.

Kami pun tidak mampu untuk menggali semua kitab yang ada di pasaran dan ilmu kita memang sedikit dan saling memerlukan, namun jangan dijadikan alasan belum khatam 1000 kitab lalu kita tak boleh untuk memberikan sesuatu kefahaman. Jika anda mampu, silakan dan saya menyokong usaha anda. Tiada sebab ingin saya larang.

Selain itu bagi menepati sasaran dewasa, kursus ini diselitkan dengan ilmu-ilmu motivasi hati dan amal. Disamping menyemak kedudukan amalan seharian kita yang menjadikan kita tidak memperolehi khusyu' dan kemanisan sewaktu solat. Sama-sama kita berusaha

Individu Sempit Dada

Di waktu kebanjiran program hiburan dan merosak jiwa, kursus ini hadir sebagai pengisi masa dan hari minggu umat Islam. Maka saya tidak pasti mengapa ada yang perlu merasa sempit dada dengannya. Jika ragu, datanglah mendaftar untuk memantau dan menilai sendiri dengan ikhlas. Namun, perlulah membayar yuran juga, untuk memberi percuma mungkin kurang wajar pula kerana makanan dan kertas kerja adalah di tanggung, malah peserta lain juga berbayar.

Hakikatnya, jika tidak berbayar pun mereka yang ragu ini tidak akan muncul tiba, kerana bagi mereka ‘jatuh standard' mereka untuk berada di posisi pendengar sedangkan mereka lebih alim dan hebat ilmu. Mungkin bukan semua, tapi pasti ada yang sedemikian. Namun jika datang untuk berdebat, maaf ini bukan tempatnya kerana ramai lagi peserta yang ingin belajar dengan jelas dan bukannya ingin mendengar debat.

"apa standard nak mendengar dia ceramah pula, patutnya dia yang dengar ana ceramah sikit pasal solat ini" tempelak mereka bila diminta oleh bekas peserta solat saya untuk mendaftar untuk kursus akan datang.

Jika demikian, tiada siapa memaksa anda..

Kursus Terakhir Tahun Ini

Apapun sebabnya, kini mungkin sudah tiba masanya saya iklankan kursus solat dan muhasabah diri yang terakhir yang dibuka kepada umum. Justeru, sehingga beberapa tahun akan datang ini, tiada sebarang kursus dijadualkan lagi. Jika ada rezeki kita akan teruskan di masa hadapan. Jangan ditanya sebab apa ianya terakhir atau direhatkan.."biarlah rahsia" namun ia bukan kerana tekanan sesiapa. Ia adalah keputusan saya sendiri. Bagaimanapun, mungkin saya akan khabarkan sebabnya kepada peserta di ketika hari kursus kelak. InshaAllah.

Namun bagi meneruskan manfaat bagi ummah, buku fiqh solat yang bakal terbit sekitar bulan Mac 2008 akan datang (InshaAllah) akan mengubat minda dan hati mereka yang terlepas dari menyertainya.

Untuk itu berikut adalah Tarikh Kursus Penghayatan Solat & Muhasabah Diri :-

Tarikh : 2 Mac 2008 (Ahad)

Tempat : Abu Yusuf Lecture Hall (LT 1)

Kuliyyah Economics & Management Sciences

International Islamic University Malaysia

Gombak, Selangor.

Masa : 8.30 pagi - 6.30 petang

Yuran : RM 70 (makan minum dan kertas kerja)

Daftar : Dengan cara berikut :-

'Bank in' yuran dan emailkan resit serta nama lengkap ke tibyan2006@gmail.com atau telefon ke nombor 019-6096 117, 019-388 5486 atau 017-681 7810

No akaun :

Nama : Zaharuddin Abd Rahman
Bank : Maybank ( Wadiah Acct )
Cawangan : Jln Tun Perak, Pudu
No Akaun Semasa : 164017071347

Nama : Zaharuddin Abd Rahman
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Cawangan : KL Sentral
No. Akaun Simpanan: 14023010023571

Nama : Zaharuddin Abd Rahman
Bank : RHB Islamic Bank Berhad
Cawangan : CUKL
No Akaun Semasa : 214 013 60000 425

Cepat sebelum tempat penuh.. moga mendapat ilmu yang diharapkan.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

15 Muharram 1429 H

24 Januari 2008

0 comments: