Agamawan yang meng ‘sekular’ kan agama

Agamawan yang meng ‘sekular’ kan agama

Seringkali apabila kita berbicara tentang sekularisme,kita akan menyebut tentang betapa bangsatnya Mustafa Kemal Attarturk yang mencanangkan konsep sekularisme sebaik sahaja Sultan Abdul Hamid, Khalifah Islam yang terakhir.Namun begitu,bukan Turki sahaja yang sekular,bahkan di negara kita sendiri pun,bahkan sikap sestengah agamawan(baca:Ustaz,Da’ie,Ustazah) yang mensekularkan kita.

Tak percaya?baiklah saya berikan situasi yang pertama:

“Imam,boleh tak kalau kita gantikan kuliah agama ni dengan kuliah kesihatan sekali-sekala,biar ada kelainan sikit”,cadang seorang makmum kepada imam masjid X.”Eh,hang gila ka cakap menda dunia dalam masjid?”,balas sang imam,terkaku para jemaah…

Siapa yang sekular,Imam atau makmum?.

Situasi2:

“eh,apahal ngan mamat tu,sibuk-sibuk je bagi tazkirah,bagi kuliah, dia bukan ustaz pun,kerja kat Telekom je,”Rungut seorang ustaz di surau Y pula.

Ya,inilah situasi yang lazim berlaku di Malaysia.Kita sebenarnya terkadang lebih sekular daripada Turki.Walhal apa salahnya kita mengintegrasikan perkara-perkara ‘dunia’ dalam agama?ALLAH ‘Azza wa Jalla telah mengajarkan kita sedemikian.Tak percaya?Lihat ni:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Allah menyuruh kita ISLAM keseluruhannya,bukan sebahagiannya.Maka siapakah kita nak mengasingkan urusan agama dan urusan dunia?Apakah urusan dunia kita,kita bebas semau kita tanpa perlu akan peraturan dari yang Maha Esa?

Jadi,

Kita mestilah ISLAM dalam urusan kehidupan kita

Kita mestilah ISLAM dalam urusan rumahtangga kita

Kita mestilah ISLAM dalam urusan jual-beli kita

Dan ISLAM dalam seluruh perkara.Jangan hanya melihat agama dari perpekstif yang sempit,akibatnya agama akan jadi milikan eksklusif sesetengah pihak sahaja.Maka:

ISLAM hanya milik Ustaz

ISLAM hanya milik Kiyai

ISLAM hanya milik Ustazah

ISLAM Hanya Milik Da’i

ISLAM bukan untuk selain yang di atas……

Akhirnya penghujung agama kita akan jadi saling tak tumpah seperti agama-agama samawi lain,hanya dimonopoli oleh para Rahib-Rahib,Pendeta-Pendeta dana Rabbi-Rabbi,justeru di mana kesudahannya?Fikir-fikirkan dan selamat bertindak!!!!

Ibu....engkaulah ratu hatiku


Gambar(Ibuku)

Ya,setiap Ahad,minggu kedua dalam bulan Mei,seluruh dunia akan menyambut Hari Ibu.Walaupun ada yang berkhilaf,sama ada sambutan ini bersifat keagamaan atau tidak namun saya merasakan tidak mengapa,dan (slogan lazim orang melayu)"Benda baik,apa salahnya".

Ibu....ibu....engkaulah ratu hatiku....
Begitulah lirik lagu iklan susu 'Nespray' yang sering saya dengar sekitar tahun 1995 dahulu.Liriknya memang simple,namun maksudnya sungguh dalam dan begitu beerti buat seorang manusia yang berhati perut.Masakan tidak,betapa besarnya jasa seorang ibu,bersabung nyawa,menanggung kelelahan membesarkan anak-anaknya,adakah pengorbanan yang lebih besar daripada itu?Renungkan secebis mutiara al-Qur'an di bawah ini:

وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيمً وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرً
ا
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Lagi,
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ وَإِن جَاهَدَاكَ عَلى أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan


Wah,bagai terkena lastik dibatang hidungku,adakah aku benar-benar beriman dengan kedua ayat ALLAH ini?Sebagai seorang anak,daku tidak dapat menunjukkan rasa kasihku,pada ibuku dengan baik.Kecelakaanlah ke atas diriku,jika sampai ibuku tidak redha kepadaku.

Aduhai....marilah muhasabah diri,apakah kita benar-benar seorang anak,atau sekadar seorang yang 'benak'?Buat yang sudah bekeja,terbelakah nasib ibumu di Kampung?Buat yang masih studi,dapatkah kau penuhi hajatnya?Apakah dapat kau senangkan hatinya?Mudah-mudahan,kita akan dapat membahagiakan ibu-ibu kita,di dunia dan di akhirat kelak.Ameen,ya Rabbal 'Alamin


Selamat Hari Ibu !!!!!!!!

p/s:hari-hari pun hari ibu,sayangi ibu hari-hari!!!!!

Sambungan Kuliyyah Tafsir dan Akidah

Kuliyyah Akidah dan Tafsir
oleh As-Syeikh Dr Abdullah Yassin
Juzuk2,Surah Al-Baqarah,166-167


Ayat 166

إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُواْ مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ وَرَأَوُاْ الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الأَسْبَاب
ُ

Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka

Maksud ayat : Pada hari akhirat nanti orang-0rang yang menyembah tandingan selain ALLAH iaitu kerana terlalu patuh dan sangat mengharap pertolongan kepada sesama makhluk akan merasa sangat rugi dan menyesal kerana makhluk atau tandingan tersebut yang selama ini mereka sembah atau patuhi atau harapkan boleh membantu ketika susah ternyata akan berlepas diri daripadanya dan tidak bersedia menolongnya.

Ketika itulah mereka baru menyedari bahawa tandingan-tandingan yang mereka ambil ketika di dunia dulu adalah pembohong dan penipu besar dan sangat lemah serta memiliki kekuatan sedikitpun



Ayat 167

وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّؤُواْ مِنَّا كَذَلِكَ يُرِيهِمُ اللّهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ وَمَا هُم بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ


Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari Neraka.

Maksudnya:"Sekiranya kami boleh kembali lagi ke dunia pasti kami akan mengikuti jalan yang benar dan tawhid yang murni tanpa mencampur adukkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pedoman hidup kami.Kemudian kami akan berhimpun di Padang Mahsyar untuk diadili.Pada ketika itu kami akan berlepas diri daripada orang-orang yang sesat sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami.Dengan itu,kami akan berbahagia dengan amalan kami dan mereka pula akan menderita akibat amalan mereka."

Selain memperlihatkan azab,ALLAH juga akan memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka supaya menjadi sesalan bagi mereka.Maksudnya:Supaya mereka menyedari bahawa sikap mereka sanggup mempertuhankanmakhluk ketika di dunia dulu hanya membawa keburukan sahaja

Adapun maksud:"Dan mereka tidak akan keluar dari api neraka",sama ada kembali ke dunia untuk memperbaiki akidah dan mempertingkatkan amal saleh,kerana masanya sudah luput:ataupun untuk masuk ke dalam syurga kerana pada mereka terdapat faktor penghalang untuk memasukinya iaitu syirik kepada ALLAH

Sambungan Kuliyyah Akidah dan Tafsir

Kuliyyah Akidah Dan Tafsir
oleh : As-Syeikh Dr Abdullah Yasin

Juzuk 2,Surah al-Baqarah,ayat 165

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah;

Dalam ayat ini pula ALLAH S.W.T menyatakan tentang keadaan orang-orang yang enggan menggunakan akal fikiran mereka untuk memikirkan kebesaran ALLAH dan Ke-Esaan-Nya.Oleh sebab itulah mereka mengambil selain ALLAH sebagai tandingan-tandingan.Yang dimaksudkan dengan "tandingan-tandingan selain ALLAH" dalam ayat diatas ialah mereka menjadikan makhluk,sama ada malaikat atau nabi atau orang saleh atau mana-mana pemimpin,setanding atau setaraf dengan ALLAH dalam urusan ibadah,cinta,ta'zim dan kepatuhan.Walaupun mereka tetap tidak menyamakan ALLAH dengan tandingan-tandingan tersebut dalam hal penciptaan,rezeki dan pengurusan alam ini.(Rujuk Tafsir Al-Maraghi,Syeikh Ahmad Mustafa Al-Maraghi,jilid 1,mukasurat196)


Jadi golongan tersebut mencintai tandingan itu sama dengan mereka mencintai ALLAH,begitu juga dalam hal mentaati,mematuhi,merasa takut,memohon kebaikan dan perlindungan.Mereka juga memberikankuasa penentuan hukum halal dan haram kepada tandingan tersebut dan lain-lain lagi.



وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبًّا لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً وَأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ


Sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

Maksudnya,Orang-orang zalim tersebut iaitu mereka yang telah mengambil tandingan-tandingan selain ALLAH,jika seandainya mereka telah melihat azab ALLAH di Akhirat nanti nescaya mereka akan sedar bahawa tandingan-tandingan yang mereka ambil ketika di muka bumi dulu sama sekali tidak dapat menolong mereka terlepas daripada siksaan ALLAH.Segala kekuatan hanya milik ALLAH dan Dia-lah yang menetukan segala-galanya.Ketika itu baru merke yakin bahwa sebenarnya yang mengatur alam akhirat itu,itulah juga kekuatan yang mengatur alam dunia dulu.

Sambungan Kuliyyah Tafsir dan Akidah

Kuliah Tafsir dan Akidah oleh As-Syeikh Dr Abdullah Yasin

Surah Al-Baqarah,ayat 164
.إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ َ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran

Pada ayat ini pula ALLAH S.W.T menyebut beberapa tanda yang terdapat di alam nyata ini sebagai bukti ke-Esaan dan Kasih Sayang-Nya untuk menguatkan lagi kebenaran yang terkandung dalam ayat sebelumnya.Di antara tanda-tanda tersebut ialah:
  1. Penciptaan langit dan bumi.
  2. Pergantian sinag dan malam silih berganti
  3. Bahtera yang berlayar di lautan
  4. Penurunan hujan darilangit
  5. Penghidupan semula tanah yang mati dgn air hujan
  6. Penyebaran segala jenis haiwan di bumi
  7. Pengisaran angin dan awan antara langit dan bumi
Di dalam semua kejadian tersebut mengandungi banyak pengajaran bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.Dengan memikirkanny mereka akan mendapati rahsia dan hikmah disebalik setiap peristiwa tersebut dan selanjutnya akan mampu membezakan yang mana mendatangkan manfaat atau sebaliknya mudharat.Dan yang paling penting ialah dengan memikirkan kejadian-kejadian tersebut maka akan timbul pengakuan betapa Kebesaran dan Kekuasaan Yang Mencipta semua itu.Oleh itu sangat tepatlah kalau hanya Dia sahajalah yang layak untuk disembah oleh makhluk,bukan yang selain Dia.Sungguh celaka orang-orang yang enggan memikirkan dan mengambil pengajaran daripada kejadian alam ini.

Sabda Rasulullah S.A.W :Sungguh CELAKA orang yang membaca ayat ini lalu dia tidak mengambil pengajaran daripadanya.(rujuk Tafsir Maraghi,jilid 1 mukasurat 37)

Sebahagian ulama berkata: "ALLAH memiliki dua kitab; Kitab Pertama adalah Kitab Makhluk iaitu alam maya ini dan Kitab Kedua pula Kitab Munazzal(kitab yang diturunkan) iaitu Al-Quran.Kitab kedua berperanan membimbing kita mencapai ilmu tentang Kitab Pertama(alam maya) dengan menggunakan akal fikiran.Siapa yang mahu mengambil pelajaran daripada kedua-duanya maka ia akan berjaya dan siapa yang berpaling daripada kedua-duanya maka ia akan rugiu di dunia dan di akhirat."(Rujuk Tafsir Maraghi.Jilid 1 ,Mukasurat37)

Awak setuju tak?

Assalamu`alaikum warohmatulloh.. Mari kita bermuhasabah diri.. _______________________________________________

AWAK SETUJU TAK DENGAN 14 SOALAN INI?Awak setuju tak? Bahawa awak tak boleh lari daripada bertujuan hidup di dunia sementara ni adalah untuk mendapat redha Tuhan yang menjadikan awak, iaitu Alloh SWT. Dengan redhaNya, Dia akan mengasihi awak, bila Dia mengasihi awak, insyaAlloh di hayat kekal abadi nanti, Dia akan limpahkan kasih sayangNya kepada awak di syurga.

  1. Awak setuju tak? Bahawa untuk mendapat redha Alloh SWT, awak mestilah redha bahawa Alloh adalah Tuhan seluruh alam ini, awak mestilah redha bahawa Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak dan awak mestilah redha bahawa Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Alloh untuk memperkenalkan Alloh dan Islam kepada awak dan lainnya. Redha, bukanlah semata-mata mengakui, tetapi juga adalah yakin tanpa sangsi dan was-was akan ketiga-tiga perkara ini.
  2. Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Alloh adalah Tuhan awak, awak mestilah mentaatiNya, patuh kepada suruhanNya, tunduk kepada laranganNya, memupuk perasaan cinta kepadaNya serta berkeinginan untuk mendapat kasih sayangNya.
  3. Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak, awak mestilah mengamalkan cara hidup yang ditunjukkan dalam Islam bukan hanya mengikut orang, bukan hanya mengamalkan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, tetapi berusaha mengamalkan seluruhnya dengan perasaan penuh rela dan ikhlas mengamalkannya.
  4. Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Alloh bagi memperkenalkan Alloh dan Islam kepada awak dan lainnya, awak mestilah menjadikan Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام sebagai ikutan untuk awak dalam setiap amalan seharian kehidupan awak.
  5. Awak setuju tak? Bahawa untuk menuju kepada tujuan meredhai ketiga-tiga keredhaan ini, awak mestilah mempunyai ilmu, yang sebenarnya awak tak dapat kesemuanya dalam waktu awak belajar di sekolah sahaja, tetapi mestilah diteruskan usaha mendapatkan ilmunya sepanjang hayat awak. Dan ilmu itu tidaklah boleh lari daripada panduan utama, iaitu Al-Quran dan hadith yang shohih datangnya daripada Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام serta panduan daripada para ulama yang berpegang kepada dua panduan utama ini.
  6. Awak setuju tak? Bahawa awak sekarang ini masih belum berada dalam tujuan utama hidup di dunia, iaitu untuk mendapat redha Alloh SWT. Banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu tetapi awak terus melakukannya.
  7. Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah, kembali kepada tujuan utama itu, meninggalkan banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu.
  8. Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah cepat, bukan menunggu nanti bila dah tua, kerana awak tak dapat kepastian bahawa hidup awak akan berpanjangan hingga tua, sedangkan banyak sebab yang membolehkan nikmat usia awak ditarik balik pada usia awak sekarang ini.
  9. Awak setuju tak? Bahawa untuk berubah itu, bukanlah perkara mudah tanpa bimbingan yang kuat kepada diri awak yang lemah yang mudah saja melayani banyak perkara yang melekakan awak daripada tujuan hidup awak.
  10. Awak setuju tak? Bahawa untuk mendirikan rumahtangga, amat penting untuk awak mempunyai pasangan yang cenderung untuk memberikan bimbingan yang kuat kepada diri awak, dan awak juga perlu cenderung bekerjasama dengannya saling sokong-menyokong, ingat-mengingati agar sentiasa membawa keluarga kepada tujuan hidup di dunia ini.
  11. Awak setuju tak? Bahawa apabila awak banyak menjawab “setuju” dengan soalan-soalan ini, kaki awak sebenarnya telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak di dunia ini.
  12. Awak setuju tak? Bahawa apabila kaki awak telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak ini, sepatutnya awak tidak mengangkatnya kembali meninggalkan landasan ini, tetapi sebaliknya mengangkat sebelah lagi kaki awak, untuk terus melangkah menyelusuri landasan ini.
  13. Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah melangkah menyelusuri landasan ini, awak perlu terus berada di atas landasan ini, jangan berundur meninggalkan landasan ini.
  14. Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah tetap berada di atas landasan ini, awak tak sepatutnya berseorangan menyelusurinya, tetapi awak perlu membawa semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh masyarakat turut menyertai awak menyelusuri landasan ini.
Maka, sebar-sebarkanlah 15 pertanyaan penting ini kepada semua yang anda sayangi. Saya persilakan untuk awak translate 15 pertanyaan ini kepada bahasa-bahasa lain yang awak tahu dan sebarkannya ke seluruh pelusuk alam. Semoga kita mendapat redha Alloh SWT.

Di ambil dari http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=84952

Kuliyyah Tafsir dan Akidah

Oleh:,As-Syeikh Dr Abdullah Yassin


Juzuk 2,Surah Al-Baqarah,Ayat 163-167

وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (163) إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ (164) وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبًّا لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً وَأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ (165) إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُواْ مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ وَرَأَوُاْ الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الأَسْبَابُ (166) وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّؤُواْ مِنَّا كَذَلِكَ يُرِيهِمُ اللّهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ وَمَا هُم بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ

163. dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

164. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal Yang belayar di laut Dengan membawa benda-benda Yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan Yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan Yang tunduk (kepada Kuasa Allah) terapung-apung di antara langit Dengan bumi; Sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum Yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

165. (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

166. (Iaitu) ketika ketua-ketua Yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang Yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya Segala hubungan di antara mereka.

167. dan (pada masa Yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang Yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau Kami (dengan itu dapat Kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada Kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa Yang mendatangkan) penyesalan Yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.


Setelah ALLAH S.W.T melarang Ahl Kitab menyembunyikan kebenaran dalam ayat-ayat sebelum ini,dan bagi mereka yang berbuat demikianakan ditimpakan la'nat daripada ALLAH dan semua makhluk,maka pertama-tama kebenaran yang wajib dinyatakan dan tidak boleh disembunyikan ialah tentang Men-tawhid-kan ALLAH.

وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (163

163. dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Allah S.W.T menjelaskan dalam ayat di atas bahawa Dia Maha Esa dalam segala hal baik Dzat-nya,sifat-Nya ataupu Af'alnya(perbuatan-Nya).Hanya dia sahaja yang berhak dan layak disembah,tiada sekutu bagi-Nya.Disamping itu juga Dia adalah Maha Pemurahlagi Maha Mengasihani.Prof Dr Wahbah Al-Zuhaily berkata:Adapun rahsia dikhususkandi sini ialah sifat Wahdaniyah(ke-Esaan) dan Rahmah(Kasih Sayang),bukan sifat-sifat-Nya yang lain ialah untuk mengingatkan orang-orang Kafir yang menyembunyikan kebenaran bahawa ALLAh sahaja yang mampu menolong mereka dan tidak ada seorangpun selain Dia yang dapat menyelamatkan mereka daripada siksaannya.Dan selanjutnya menggalakkan mereka agar segera bertaubat kepada ALLAH dan jangan putus asa kerana ALLAH adalah Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

*Bersambung......
Koleksi Kuliyyah Tafsir dan Akidah bagi Juzuk 1 telah dibukukan dan boleh didapati dengan harga RM70.00 di Madrasah Al-Wahidah.Layari www.al-wahidah.com