Keghairahan Menyampaikan Berita: Antara hak dan batil
Dewasa ini, segala macam perkhabaran disampaikan melaui wasilah dan wahana yang pelbagai. Dari segala urusan
Namun adakah kita prihatin dengan syarat-syarat yang ALLAH S.W.T tetapkan? Perhatikan dan renungkan firman ALLAH dalam surah al-Hujurat,ayat 6 :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”
Demikian juga amaran dari Rasulullah S.A.W, mengenai orang yang berbohong ,melalui sabdanya daripada Hafsh bin 'Aashim, (sabda Nabi saw):
"Cukuplah seseorang itu dikatakan seorang pendusta, kalau dia menceritakan apa saja yang dia dengar." [Riwayat Muslim 05, al-Albani, silsilah al-Sahihah 205]
Kalau tindakan seperti dalam hadith ini sudah dianggap pembohong, maka renungilah pula ancaman Rasulullah S.A.W terhadap pembohong:
"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah baginda: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Dia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya? Barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)
Menerusi hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda:
Barangsiapa yang menipu Arab ( dan manusia lain) , mereka tidak termasuk dalam kalangan yang boleh mendpaat syafaatku, dan tidak layak mendapat belas kasihanku" (Riwayat At-Tirmidzi, no 3928, 5/724 ; Hadis ghorib)
Imam al-Munawi berkata, salah satu maksud menipu arab adalah menghalang mereka dari menyampaikan kebenaran sehingga menjadikan orang ramai jauh daripada Nabi s.a.w (Penjelasan Al-Munawi dipetik dari Tuhfatul Ahwazi, Al-Mubarakfuri, 10/296)
Mutaakhir ini,kita saksikan terdapat beberapa golongan yang “galak” menyebarkan dan menggembar-gemburkan sesuatu berita atau khabar yang tanpa disebutkan dari mana sumbernya. Maka tersebarlah segala macam sms, e-mel,
Hal ini jika dibiarkan berlarutan,akan mewabak dan akan menjadi barah dalam hati dan sanubari umat Islam jika tidak ditangani dengan segera. Antara punca terjadinya perbuatan seperti ini adalah kerana :
1)Terlalu taksub dalam mendukung mana-mana mazhab atau parti.Sebagai contoh,tohmahan-tohmahan yang dilontarkan oleh ahli-ahli politik kepada lawan mereka,bagi membolehkan mereka mendapatkan kedudukan yang stabil selepas lawannya berjaya dijatuhkan dan dimalukan.
2)Untuk mendapatkan pujian dan sanjungan dari orang dan golongan yang tertentu. Mungkin disini penulis dapat contohkan mengenai seorang tokoh,iaitu Al-Imam Ibnu Taymiyyah yang difitnah dengan pelbagai tuduhan kemudian tuduhan itu diperbesarkan sehingga beliau dipenjarakan oleh pemerintah akibat hasutan orang-orang yang khianat dan dengki.Maka pihak yang menuduh tadi pula telah mendapatkan kedudukan yang istimewa di sisi pemerintah akibat fitnahnya terhadap orang yang tidak bersalah.
Justeru penulis ingin menyeru kepada seluruh umat Islam agar kita mengambil sikap berhati-hati dalam menjadi penyebar sebarang maklumat terutamanya dalam perkara bersangkutan dengan agama. Jika perkara ini terabai nescaya musnahlah ketulenan agama serta pincanglah masyarakat lantaran berita-berita palsu yang boleh menggoyahkan akidah. Mungkin pada hari ini kita galak menyebarkan berita palsu mengenai orang lain, esok lusa kita bimbang impaknya akan berbalik kepada kita.
1 comments:
a.kum abul hassan. saya setuju dengan abul. dunia sekarang ni begitulah. manusia sanggup tutup mata demi capai apa saja hajat mereka. tak kira jalan tu okey atau tak..janji capai matlamat mereka.
Post a Comment