Berita Baik Buat Pencinta Ilmu!!!!!!!!!
Minggu Pertama:
Hari Selasa
Pengenalan Kepada Aqidah Ahl Sunnah Wal Jamaah oleh Sdr Abdullah Tahmin
bin Muhammad
Rabu
Mustalah Hadith oleh Ustaz Ahmad Fauzan bin Yahya
Khamis
Pengenalan Kepada Manhaj Ahl Sunnah Wal Jamaah oleh Sdr Abdullah Tahmin
bin Muhammad
Minggu Kedua:
Selasa
Fiqh Ibadah oleh Sdr Abdullah Tahmin bin Muhammad
Rabu
Bahasa Arab oleh Ustaz Ahmad Fauzan bin Yahya
Khamis
Fiqh Akhlak oleh Sdr Abdullah Tahmin bin Muhammad
Muzakarah akan dimulakan selepas Isya’ di rumah Saudara Mohammad Faeez(Muhammady7) di alamat:
No71,Jalan 45/10
Taman Koperasi Polis Fasa 2
68100,W.P Kuala Lumpur
Sebarang pertanyaan,sila hubungi:
Mohammad Faeez Harith(Muhammady7):013-9399085
*Penting:
-Muzakarah hanya terbuka buat muslimin sahaja buat masa ini.
-Sila maklumkan dahulu kehadiran bagi menelakkan sebarang kesulitan.
-Modul akan disediakan atas permintaan peserta dan kos penyediaan modul ditanggung oleh peserta.
-Segala sumbangan untuk menghidupkan muzakarah ini amatlah dialu-alukan.
Kuliah Sirah Nabawiyyah-Raheeq Makhtum-Siri 01(a)
Kitab ini ditulis oleh As-Syeikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri,sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh pihak Rabitah al-'Alam al-Islami di muktamar Sirah Nabawiyyah,di Pakistan pada bulan Rabi' al-Awwal tahun 1936 Hijrah.
Kitab ini telah menjuarai sayembara tersebut.
Biodata Ringkas Penulis Raheeq Makhtum
Nama Penuh penulis ialah Safiyyu al-Rahman bin Abd Allah bin Muhammad Akbar bin Muhammad Ali bin Abdul Mukmin bin Faqirullah al-Mubarakfuri Al-'Azamiy.Beliau berasal daripada keluarga Ansar yang merupakan suku terbesar dalam kalangan orang-orang Islam di India.Lahir pada bulan Jun tahun 1943di perkampungan Hussin Abbad di Mubarakfur,uttar pradesh,India.
Penulis mendapat pendidikan awalnya dengan mempelajari ulum al-Quran dengan datuknya dan bapa saudaranya.kemudian melanjutkan pula pelajaran di Dar al-Ta'lim di Mubarakfur pada tahun 1948.Pada tahun 1954 penulis berpindah ke sekolah Ihya' Al-Ulum di Mubarakfur.
Dua tahun kemudian syeikh telah bertukar sekolah ke sekolah Faid 'Am di negeri Mi'u dan memperolehi sijil yang melayakkan beliau mengeluarkan fatwa.Beliau juga telah menduduki "ujian Mawlawi" pada Februari 1959 dan "Ujian 'Aliim" pada Februari tahun berikutnya.Terakhir Syeikh tealh menduduki ujian "al-Fadhilah Fi al-Adab al-'Arabi" dan mendapat pangkat "jayyid jiddan"(amat baik)
Catatan Hari-hari Baru-Menjejak kaki ke IPT
Terlalu baharu dan hampir tiada apa yang ingin diceritakan,namun hanya ada sedikit cebisan Memoir yang akan diupload nanti,Insya-ALLAH.
buat para pengunjung,doakan kejayaan ana,semoga ana bisa menjadi seorang yang berguna kepasa Nusa dan Bangsa.
Salam Perjuangan.
Abu Al-Hassan
Keghairahan Menyampaikan Berita: Antara hak dan batil
Keghairahan Menyampaikan Berita: Antara hak dan batil
Dewasa ini, segala macam perkhabaran disampaikan melaui wasilah dan wahana yang pelbagai. Dari segala urusan
Namun adakah kita prihatin dengan syarat-syarat yang ALLAH S.W.T tetapkan? Perhatikan dan renungkan firman ALLAH dalam surah al-Hujurat,ayat 6 :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”
Demikian juga amaran dari Rasulullah S.A.W, mengenai orang yang berbohong ,melalui sabdanya daripada Hafsh bin 'Aashim, (sabda Nabi saw):
"Cukuplah seseorang itu dikatakan seorang pendusta, kalau dia menceritakan apa saja yang dia dengar." [Riwayat Muslim 05, al-Albani, silsilah al-Sahihah 205]
Kalau tindakan seperti dalam hadith ini sudah dianggap pembohong, maka renungilah pula ancaman Rasulullah S.A.W terhadap pembohong:
"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah baginda: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Dia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya? Barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)
Menerusi hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda:
Barangsiapa yang menipu Arab ( dan manusia lain) , mereka tidak termasuk dalam kalangan yang boleh mendpaat syafaatku, dan tidak layak mendapat belas kasihanku" (Riwayat At-Tirmidzi, no 3928, 5/724 ; Hadis ghorib)
Imam al-Munawi berkata, salah satu maksud menipu arab adalah menghalang mereka dari menyampaikan kebenaran sehingga menjadikan orang ramai jauh daripada Nabi s.a.w (Penjelasan Al-Munawi dipetik dari Tuhfatul Ahwazi, Al-Mubarakfuri, 10/296)
Mutaakhir ini,kita saksikan terdapat beberapa golongan yang “galak” menyebarkan dan menggembar-gemburkan sesuatu berita atau khabar yang tanpa disebutkan dari mana sumbernya. Maka tersebarlah segala macam sms, e-mel,
Hal ini jika dibiarkan berlarutan,akan mewabak dan akan menjadi barah dalam hati dan sanubari umat Islam jika tidak ditangani dengan segera. Antara punca terjadinya perbuatan seperti ini adalah kerana :
1)Terlalu taksub dalam mendukung mana-mana mazhab atau parti.Sebagai contoh,tohmahan-tohmahan yang dilontarkan oleh ahli-ahli politik kepada lawan mereka,bagi membolehkan mereka mendapatkan kedudukan yang stabil selepas lawannya berjaya dijatuhkan dan dimalukan.
2)Untuk mendapatkan pujian dan sanjungan dari orang dan golongan yang tertentu. Mungkin disini penulis dapat contohkan mengenai seorang tokoh,iaitu Al-Imam Ibnu Taymiyyah yang difitnah dengan pelbagai tuduhan kemudian tuduhan itu diperbesarkan sehingga beliau dipenjarakan oleh pemerintah akibat hasutan orang-orang yang khianat dan dengki.Maka pihak yang menuduh tadi pula telah mendapatkan kedudukan yang istimewa di sisi pemerintah akibat fitnahnya terhadap orang yang tidak bersalah.
Justeru penulis ingin menyeru kepada seluruh umat Islam agar kita mengambil sikap berhati-hati dalam menjadi penyebar sebarang maklumat terutamanya dalam perkara bersangkutan dengan agama. Jika perkara ini terabai nescaya musnahlah ketulenan agama serta pincanglah masyarakat lantaran berita-berita palsu yang boleh menggoyahkan akidah. Mungkin pada hari ini kita galak menyebarkan berita palsu mengenai orang lain, esok lusa kita bimbang impaknya akan berbalik kepada kita.
Mengapa Perlu Sangka Buruk ?
Hidup kita tidak lekang dari disangka buruk dan menyangka buruk. Jika diri terlibat, kunci menanganinya adalah beristighfar dan taubat. Nabi s.a.w bersabda :-
كُلُّ بن آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
Ertinya : "Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat" (Riwayat At-Tirmidzi, no 2499, 4/659)
Sangka buruk ini sering berkait rapat dengan rasa hasad, dengki atau cemburu. Ia amat-amat sukar dibuang namun wajiblah ia dimasukkan dalam senarai utama yang perlu kita usaha hindarinya sedaya upaya. Saya sendiri tidak bebas darinya. Namun atas dasar nasihat menasihati saya tuliskan artikel ini agar kita sama-sama mampu berusaha menjauhinya agar kehidupan kita akan lebih diredhai oleh Allah.
Ia bertepatan dengan apa yang disebut di dalam sebuah hadis
ثلاث لازمات لأمتي : الطيرة ، والحسد ، وسوء الظن " . فقال رجل : ما يذهبهن يا رسول الله ! ممن هو فيه ؟ قال : " إذا حسدت فاستغفر الله ، وإذا ظننت فلا تحقق ، وإذا تطيرت فامضه
Ertinya : Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk" lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?"
Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya" ( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)
Terdapat sebuah lagi hadis yang mempunyai erti yang sama dengannya iaitu :-
ثلاثة لا يسلم منهن أحد : الطيرة ، والظن ، والحسد ، فإذا تطيرت فلا ترجع ، وإذا حسدت فلا تبغ ، وإذا ظننت فلا تحقق
Ertinya : Tiga perkara yang tidak seorang Muslim pun dapat melepaskan diri darinya; sial menyial, sangka buruk, hasad dengki; maka apabila kamu berasa ada sial, jangan kamu pulang dan mengendahkannya, bila kamu hasad, jangan melampau (hingga bertindak) , dan bila kamu bersangka jangan kamu membenarkannya" ( Musannaf Abd Razzak : Ibn Hajar : hadis mursal, Albani : Dhoif)
Al-Qaradawi menerangkan maksud jangan kamu membenarkan sangkaan buruk itu adalah dengan tidak berubahnya sikap dan pandangan kamu terhadap orang yang disangka buruk itu. Jika itu tidak dikawal, bermakna kamu sudah membenarkannya
SANGKA BURUK YANG HARUS
Tidak dinafikan ada beberapa jenis sangka buruk yang diperlukan demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar'. Mudahnya, seperti pemandu kereta dikehendaki ‘bersangka buruk' apabila melihat sebuah bas dan teksi di depan mereka akan bersangka buruk ada kemungkinan kenderaan itu berhenti mengejut kerana ingin mengambil penumpang atau menurunkan penumpang. Ia jelas sangka buruk yang tidak berdosa.
Demikian juga dalam proses majikan ingin mengambil kakitangan baru. Biasanya pihak majikan akan membuat survey rambang dengan menghubungi beberapa orang yang yang mengenali calon, bagi mendapatkan pandangan mereka berkenaan kemampuan dan lain-lain informasi berguna berkaitan calon. Saya masih ingat, saya pernah menerima Curriculum Vitae (CV) sewaktu bertugas di institusi kewangan dahulu, CV calon ini cukup menarik sekali.
Namun mengikut prosedur, sebelum pihak kami memanggil interview, saya perlu menghubungi seseorang yang diyakini mengenali si calon untuk mendapatkan komen beliau, akhirnya kami tidak jadi memanggilnya interview kerana rupanya calon tersebut mempunyai masalah mental. Kami daptkan komen beberapa orang lagi demi memastikan info yang diberi benar serta tidak berniat jahat. Namun info yang sam a diperolehi.
SANGKA BURUK YANG HARAM
Sangka buruk jenis haram dan berdosa ini biasanya didasari oleh perasaan cemburu, hasad, dengki dan berniat ingin menjatuhkan individu yang dijadikan sasarannya.
Sangka buruk jenis ini juga hakikatnya lahir dari jiwa dan minda seseorang yang kotor. Ia adalah refleski dirinya yang kerap bergelumang dengan kejahatan dan dosa. Atau dari jiwa yang tiada ikhlas dalam membuat sesuatu perkara.
Justeru, dalam mindanya kerap tergambar mustahil ada seseorang boleh berbuat atau bercakap baik kecuali mesti ada helah, agenda kepentingan diri dan muslihat di sebalik. Ia berfikiran demikian kerana demikianlah dirinya. Ia melihat orang lain sepertinya.
JENIS PERTAMA : KERANA ALIRAN POLITIK
Sangka buruk jenis pertama ini didasari oleh permusuhan politik kepartian. Sangka buruk ini juga sangat popular di masa ini terutamanya di zaman isu politik sentiasa hangat.
Memang benar, setiap orang politik kerap mempunyai agenda disebalik segala tindakannya, biasanya adalah untuk kepentingan masa depan politiknya. Namun tidak wajar dinafikan ada antara mereka yang benar-benar berniat membantu dalam sesuatu tindakannya.
Hasilnya, apabila ada saja seorang ahli politik PAS melakukan satu tindakan yang patut dipuji pada zahirnya, akan wujud sebahagian kumpulan dalam UMNO yang mentakwil apa yang tersirat dan tujuan sebenar dari setiap tindakan baik yang dibuat, sehinggalah ia AKAN dilihat jahat dan tidak layak mendapat pujian, penghargaan dan terima kasih.
Demikian juga sebaliknya, apa sahaja tindakan politik yang baik dibuat oleh pemimpin UMNO, akan sentiasa dilihat jahat oleh sebahagian pihak pembangkang. Saya tidak kata semua, namun saya kata ada sebahagian mereka.
Sebagai contoh apabila kerajaan Pak Lah mengumumkan pembayaran Ex-Gratia kepada bekas-bekas hakim yang terlibat dalam kes 20 tahun lepas, maka ada yang tetap tidak mahu menghargai tindakan itu lantas berkata :-
"Mengapa baru sekarang? Nampak sangat ia dibuat dengan agenda tertentu"
Individu dalam kategori ini biasanya akan merasakan diri mereka bijak, sukar diperdaya serta mampu melihat dari dimensi yang luar biasa (kononnya).
Namun jika ada pimpinan mereka atau rakan mereka yang melakukan kesilapan yang terang-terang tersalah dan tidak boleh ditakwil lagi, mereka akan bersangka baik pula demi membela segala tindakan tersebut atas dasar maslahat katanya. Bagus, ia memang satu sifat yang baik, tetapi boleh menjadi buruk jika tidak betul cara kendaliannya.
Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia seolah-olah menjadikan sangka buruk sebagai satu keperluan politik. Tatkala itu, dosa menjadi mainan diri. Sangka baik pula adakalanya digunakan bukan pada tempat yang sepatutnya sehingga menjadikan diri taksub kepada team mereka.
JENIS KEDUA : KERANA ALIRAN PEMIKIRAN DAN ANUTAN
Kali ini ia didasari oleh aliran pemikiran pula. Manusia tidak boleh lari dari perbezaan aliran pemikiran. Tidak perlulah dikesali hal ini kerana ia satu hal yang normal. Namun yang dikesali adalah permusuhan dahsyat antara satu kumpulan dengan yang lain.
Sebagai contohnya aliran Salafi, Wahabi, Khalafi, Pondok, Sufi, Syiah Malaysia, Hizb Tahrir, Ahbash, Liberal, Hadari dan lain-lain. Masing-masing kelihatan suka kalau pihak yang lain dibenci sehabis mungkin, malah mungkin wujud mereka yang akan sujud syukur jika pimpinan kumpulan sebelah sana meninggal dunia.
Tatkala itu sangka buruk sentiasa menjadi idaman dan ruh perjuangan masing-masing. Jika ada sahaja tindakan yang baik dilakukan oleh pimpinan atau ahli aliran yang bertentangan dengan mereka. Akan ditakwilkan sejahatnya.
Sebagai contoh yang saya kira paling nyata adalah apa yang berlaku kepada S.S Mufti Perlis. Akhir-akhirnya ini S.S Mufti Perlis semakin berterus terang mengkritik beberapa dasar kerajaan yang kurang tepat sebagai contohnya ISA. Akhirnya, pelbagai sangka buruk timbul antaranya,
- Kononnya ia bersifat demikian hanya selepas pilihnraya 8 Mac, iaitu setelah dilihat kerajaan lemah dan pakatan rakyat kuat, lalu barulah dia bersuara untuk ‘membodek' kerajaan pakatan rakyat untuk melantiknya pula.
- Kononnya beliau berani kerana ingin memenangi hati pemimpin pakatan rakyat kerana tempoh sebagai mufti di Perlis sudah di penghujung.
- "Mengapa sekarang baru nak kritik, mengapa tidak dari dulu lagi, nampak sangat ada udang di sebalik batu.?!!" Tempelak mereka.
Dan macam-macam lagi.
Saya kerap dengar komen "mengapa baru sekarang!!?" sebagai hujjah untuk membidas segala kebaikan orang lain. Wajarkah komen sebegini?
Saya dan rakan-rakan pembaca juga tentu ada penglaman masing-masing dalam hal ini.
Bila saya sebut masalah hukum di dalam ASB, Overridding Commission dalam MLM, Pelaburan haram cepat kaya.. muncul orang marah lalu berkata
"Mengapa baru sekarang ustaz sibuk-sibuk, mengapa tak beritahu awal-awal dulu, ni kami dah join lama dan untung ribu-ribu baru nak sibuk kata haram, jangan dengki la ustaz. Mesti sebab ustaz ni ada join skim lain dan sekarang dah rugi kot" Katanya.
Saya menjadi pelik pula. Apa yang perlu dipertikaikan dengan sekarang atau dulu, bukankah kekuatan, hidayah, ilmu dan kemampuan itu baru tiba kini dan bukan dahulu. Justeru apa yang perlu dipertikaikan.?
Bersyukur sahajalah jika ia membawa kebaikan. Sama juga dengan keadaan kesihatan, dulu sihat, sekarang sakit, dulu kanak-kanak sekarang dewasa dan lain-lain. Jadi apakah wajar kita beteriak memarahi virus yang menghinggapi kita lalu berkata
"hei virus, mengapa sekarang mahu kacau, mengapa tidak dulu!!. Lucu juga memikirkannya.
Jawapan mengapa sekarang itu mudah saja, mungkin dahulu belum cukup kajian dan ilmu, sekarang sudah..kerana itu baru bersuara sekarang.
Mungkin dahulu ada gangguan, sekarang sudah berjaya diketepikan lalu kerana itu baru bersuara sekarang.
Dulu, mungkin belum terperasan kesilapan itu, sekarang baru sedar, kerana itu baru tegur.
Justeru, mengapa masih ada juga ingin sangka buruk dalam hal seperti ini?.
JENIS KETIGA : PERTIKAI KEBAIKAN & KEIKHLASAN ORANG LAIN
Jenis yang ketiga adalah hasil dari kesemua jenis di atas. Akibat sudah mendarah dagingnya perangai dan tabiat itu menyebabkan kehidupan seharian akan dipenuhi dengan sangka buruk dosa ini.
Saya masih ingat di waktu heboh isu pelaburan internet skim cepat kaya dahulu (Ketika itu, Majlis Fatwa Kebangsaan masih belum memfatwakan haramnya skim ini). Ada individu menghantar link satu forum kepada saya, forum itu membicarakan artikel saya yang menyebut hukum skim haram.
Tiba-tiba mucul seorang former yang berkata :"puas aku fikir dan cari di web zaharuddin ini, apakah niat sebenar si zaharuddin ini sibuk-sibuk menulis isu ini dan menyusahkan kitorang, apa yang dia hendak sebenarnya?"
"akhirnya aku jumpa, rupanya dia nak jual vcd dia!!, hem tak respeklah aku ust nak jual barang dia ni"
Begitulah lebih kurang ayatnya, demikian dahsyatnya manusia di zaman ini. Otak dan mindanya sentiasa memikirkan kejahatan dan muslihat di sebalik segala jenis kebaikan, baginya mustahil ada orang sanggup bersusah payah tanpa ganjaran dan agenda DUNIA.
Ini bolehlah saya kelaskan sebagai kumpulan orang sangka buruk jenis ketiga yang wujud di dalam masyarakat kita.
Sebagai contoh lain.
Ada yang menghantar sms, email atau melalui system sms 33221 bertanya sambil bersangka buruk berkenaan orang di sekitarnya:-
a- "Ustaz ada dengar tak slot Dr Zainol Hadja pengasas ayam organik di radio ikim. Cara cakapnya macam dia sorang yang halal, dan semua yang tanda halal JAKIM tidak boleh pakai. Apa pandangan ustaz tentang dakwaan Dr Zainol dan perjuangannya memartabatkan makanan yang betul-betul halal kononnya tu?.. boleh caya ke. Nampak macam nak perkayakan diri sendiri jer"
b- "PPIM ni sebenarnya ustaz bukan nak perjuang isu kepenggunaan Islam, mereka nak jual nama persatuan mereka, lepas ni senang nak dapat budjet"
c- "Ustaz ni dah buat tebiat apa? Dalam banyak-banyak urusan umat yang begitu kritikal, sempat pula dia menulis buku cinta(n)!", simpul seorang pemerhati jarak jauh. (petikan dari web saifulislam.com)
d- "eleh ustaz-ustaz TV ni, hanya layak mendapat gelaran ‘pelawak' dari penceramah, asyik buat lawak aja. Depa ni sebenarnya sedang jual agamanya untuk popular di televisyen"
e- "Saya benci dengan ustaz yang tak jelas parti apa ni, bagi saya mereka ni munafiq dan hanya pentingkan perut mereka saja, kerana itu tidak berani berterus terang"
f- "Kecewa dengan ustaz. Mengapa ustaz tak aktif lagi dalam perjuangan jemaah Islam, ustaz dah futur dan tergelincir dari perjuangan dakwah ke?" Tanya seorang bersangka buruk kepada saya melalui ruang komentar.
g- Seorang isteri dinasihatkan oleh seorang penulis artikel bahawa : "jika suami anda tiba-tiba baik, spoting, romantik, ketahuilah sebenarnya ia ada benda jahat yang sedang disorokkan"
Banyak lagi contoh-contoh yang tidak larat saya kumpulkan, ia cuma beberapa contoh betapa budaya sangka buruk berbaur dengki dan hasad begitu meriah dalam masyarakat kita hari ini. Tidak bolehkah kita bersangka baik terlebih dahulu. Semua punyai peranannya, samada seseorang itu ikhlas atau tidak, itu bukan urusan kita untuk bersangka buruuk mereka tidak ikhlas atau punyai agenda lain.
Malah jika mereka memang punyai agenda tetapi agenda yang halal, apa salahnya. Selagi mana zahir tindakan semua mereka tadi adalah baik dan menghasilkan kesan yang baik kepada masyarakat umum. Kita wajar bersangka baik dan menyokongnya tanpa perlu menghentam sambil menambah dosa dan menyubur kebencian di hati.
Allah swt mengingatkan :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ
Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, ayat 12]
Imam Fakhruddin Ar-Razi menghuraikan :
الظن ينبغي بعد اجتهاد تام ووثوق بالغ
Ertinya : "Sangkaan ini mestilah disokong oleh ijtihad ( usaha bersungguh memastikan kebenarannya, dan penyelidikan yang dalam" ( Tafsir Ar-Razi, 28/115 )
Justeru, dalam hal mencari keikhlasan seseorang dalam sesuatu teguran dan usaha baikknya, Islam tidak menyuruh kita menyelidik hati seseorang. Hanya hal berkaitan zahir seperti jenayah, kesalahan fizikal dan yang sepertinya sahaja memerlukan penyelidikan yang disebutkan oleh imam Ar-Razi tadi.
Namun begitu, kepada para pendakwah, teruskan usaha anda dengan cara anda yang tersendiri.
Jangan dipedulikan hasad dan sangka buruk manusia lain yang berhati busuk. Malah Nabi s.a.w sendiri juga pernah terkena sangka buruk seorang lelaki sebagaimana dicatatkan dalam hadis sohih berikut :-
قال فَقَامَ رَجُلٌ غَائِرُ الْعَيْنَيْنِ مُشْرِفُ الْوَجْنَتَيْنِ نَاشِزُ الْجَبْهَةِ كَثُّ اللِّحْيَةِ مَحْلُوقُ الرَّأْسِ مُشَمَّرُ الْإِزَارِ فقال يا رَسُولَ اللَّهِ اتَّقِ اللَّهَ قال وَيْلَكَ أو لست أَحَقَّ أَهْلِ الأرض أَنْ يَتَّقِيَ اللَّهَ قال ثُمَّ وَلَّى الرَّجُلُ قال خَالِدُ بن الْوَلِيدِ يا رَسُولَ اللَّهِ ألا أَضْرِبُ عُنُقَهُ قال لَا لَعَلَّهُ أَنْ يَكُونَ يُصَلِّي فقال خَالِدٌ وَكَمْ من مُصَلٍّ يقول بِلِسَانِهِ ما ليس في قَلْبِهِ قال رسول اللَّهِ إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ
Ertinya : Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata :
"Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah" ( Sebagai tanda tidak puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi),
Baginda menjawab : "Bukankah aku sepatutnya ( sebagai Rasulullah ) orang yang paling takut kepada Allah."
Lelaki itu terus beredar dan Khalid Ibn Walid berkata
"Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad) :
Baginda menjawab : "Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat".
Khalid berkata : "Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya berkata seusatu yangtidak sama dengan apa yang di dalam hatinya (merujuk kepada orang munafiq)"
Baginda membalas :-
إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ
Ertinya : "Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )
Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar mentafsirkan kata-kata baginda ini sebagai :-
إنما أمرت أن آخذ بظواهر أمورهم والله يتولى السرائر
Ertinya : Aku hanya diperintahkan untuk mengambil kira luaran urusan mereka sahaja manakala niat dan apa yang terselindung adalah urusannya dengan Allah) (Syarah Sohih Muslim, 7/163; Fath Al-Bari, 8/69 )
KESIMPULANNYA
Akhirnya, jauhilah sangka buruk yang sebahagiannya membawa dosa. Dahulukan sangka baik di kalangan umat Islam selaras dengan arahan Allah.
لَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ
Ertinya : Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ""Ini adalah suatu berita bohong yang nyata. ( An-Nur : 12 )
Banyakkanlah bersangka baik. Sebenarnya masih ada ramai orang baik yang berbuat baik hanya kerana agenda akhirat semata-mata. Janganlah dirasakan dunia ini sudah tiada yang ikhlas kerana Allah. Mulakan dengan diri sendiri lalu anda akan mampu mencari orang sepertinya.
Namun, apa yang menyedihkan mereka yang kerap bersangka buruk kepada kebaikkan ini suka pula bersangka baik kepada penganjur skim-skim cepat kaya yang tumbuh dengan pelbagai nama dan lesen hari ini. Sepatutnya anda perlu bersangka buruk lebih sedikit dengan skim-skim sebegini. Ia dinamakan berhati-hati yang sebenar.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
Dipetik dari: http://www.zaharuddin.net/
SYIAH MENGGANAS DI MALAYSIA!!!!
Straight to the point:
Pada 12 Mei yang lalu sebuah seminar dianjurkan atas nama PAS,iaitulah :
SEMINAR ISU ANTARABANGSA BANTAHAN PENDUDUKAN 60 TAHUN ISRAEL DI BUMI PALESTIN
Hakikatnya:
IA ADALAH SEBUAH SEMINAR SYIAH!!!!
Penjelasannya:
Web2 IQ, 18 Mei (zain-ys) - Pada 12 Mei yang lalu khabarnya, satu majlis seminar di hotel Ansar sempena membantah 60 tahun penjajahan Israel ke atas bumi Palestine telah diadakan.
Namun, agak musykil kerana majlis itu juga adalah bersempena hari kelahiran Zainab al-Kubro.
Merayakan kelahiran Zainab bukan budaya umat Islam di Malaysia. Ini bermakna, jika ada orang yang merayakannya juga, pasti ada yang tak kena dengan orang berkenaan.Zainab adalah salah seorang ahlil bait. Golongan yang memuja secara berlebihan terhadap ahlil bait adalah Syiah. Golongan Ahlus Sunnah juga amat menyintai Ahlil bait tetapi tidak bersikap melampau.
Apakah penganjur seminar berkenaan adalah kelompok Syiah?
Dugaan ini dikuatkan lagi dengan barisan panelnya yang antaranya:
1. Zaini Zainal Abidin. Beliau sering menelefon rtm dunia dan melontarkan idea-idea berbau Syiah. Pernah sekali dua dia diundang untuk rancangan berkenaan sebagai tetamu.
2. Hasan Askari. Dari namanya sahaja sudah dapat dicam bahawa beliau adalah seorang Syiah. Beliau adalah bekas pelajar Qom, Tehran
3. Mohd Nor Daud, Ketua Urusan Ulama MTD PAS Kota Lama
Bila meneliti isikandungan seminar berkenaan, memang jelas bahawa seminar berkenaan adalah seminar Syiah Imamiyah. Hal ini tidak dapat ditutup lagi sekalipun pada penghujung seminar pengerusi majlis berkali-kali menekankan bahawa mereka adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Menurut sumber yang hadir di seminar berkenaan; “..manakan mungkin mereka adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Mereka menuduh yang bukan-bukan terhadap para ulama Ahlus Sunnah. Mereka juga mentohmah para sahabat Rasulillah s.a.w. Terutamanya Abu Hurairah r.a.”
“Mana mungkin Ahlus Sunnah mentohmah para sahabat!” Sambung sumber ini lagi.
Menurut seorang lagi yang hadir; “..mereka juga cuba menipu para hadirin dengan menyelewengkan beberapa fakta.”
“Contohnya mereka mengatakan bahawa Hadith Bahtera terdapat di dalam Sahih Muslim dan Sunan Sittah. Sedangkan hakikatnya hadith berkenaan tidak pernah wujudpun di dalam kitab-kitab berkenaan.”
Golongan Syiah memang terkenal dan masyhur sebagai golongan yang gemar memalsukan fakta.
Apa yang menyedihkan ialah seminar berkenaan dianjurkan oleh PAS. Lihat sendiri logo PAS tertera megah pada poster (lihat gambar).
Pihak PAS perlu menyiasat tentang hal ini agar ia tidak terus merebak dan menjadi parah. Jika hal ini tidak diselesaikan segera, adalah dipercayai ia akan menjadi fitnah terhadap PAS. Juga mengiyakan tuduhan sebahagian masyarakat bahawa PAS sudah dipengaruhi oleh Syiah Imamiyah yang sesat itu. (zain-ys 4 web2 IQ)

Seminar ini juga turut dibantah oleh Al-Fadhil Ustaz Nasruddin Tantawi dalam blognya:

Saya mendapat maklumat bahawa majlis anjuran UPU Sekolah Taman Sekebun Bunga yang kononnya untuk membantah pendudukan 60 tahun Israel di Palestine telah dijadikan medan untuk propaganda syiah .
Kalau saya melihat kepada panel yang diundang iaitu Hasan Askari dan Zaini Zainal Abidin sudah cukup memperlihatkan apakah wajah sebenar program tersebut .
Dengan ini Dewan Pemuda PAS Pusat membantah program tersebut dan sangat kesal di atas sikap tidak bertanggungjawab menggunakan pentas PAS untuk tujuan jahat tersebut dengan membawa masuk pengaruh dan idea syiah ke dalam PAS sedang PAS adalah perjuangan yang berasaskan Ahlis sunnah wal Jamaah.
Saya mengharapkan agar pimpinan PAS khasnya sahabat - sahabat pemuda dapat mengambil tindakan sebenar . Saudara Yb. Zaki , Ustaz Nik Abduh , Ustaz Ahmad Baihaqi dan saudara Zuraidin mungkin boleh beri perhatian dengan menyiasat betul duduknya kes atau isu ini kemudian dapat bertindak agar pengaruh syiah tidak dibawa masuk ke dalam PAS melalui mana - mana jua pintu .
dari blog:http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com
Juga dibantah oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Rashid bin Idris,Presiden Institut Ibn Qayyim di Pulau Pinang:
Bantahan terhadap kedurjanaan Syiah
Pihak Institut Al-Qayyim (IQ), Pulau Pinang dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya kedurjanaan golongan Syiah Malaysia yang telah menjadikan pentas SEMINAR ISU ANTARABANGSA BANTAHAN PENDUDUKAN 60 TAHUN ISRAEL DI BUMI PALESTIN yang telah dilangsungkan pada 12 Mei 2008 bertempat di Dewan Hijrah HOTEL ANSAR, Kota Bharu sebagai medan menghina sahabah Rasulullah SAW dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Majlis tersebut secara terang-terangan telah mempromosi aqidah Syiah yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
2. Pihak IQ sangat kesal di atas ketidak pekaan pihak penganjur iaitu UPU Sekolah Taman Sekebun Bunga berhubung sensitiviti umat Islam Ahlus Sunnah wal Jamaah yang merupakan majoriti di Malaysia bahkan di seluruh dunia. IQ juga kesal kerana pihak terbabit sanggup memperalatkan pentas PAS untuk memberi ruang dan tempat kepada golongan Syiah Malaysia. Tindakan ini hanya mengundang imej buruk terhadap PAS.
3. Pihak IQ menyeru malah merayu kepada pimpinan PAS Pusat dan kerajaan Kelantan agar dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung pengaruh Syiah yang menular di celah-celah saf perjuangan. Dicadangkan agar suatu langkah serius mendedahkan hakikat penyelewengan ajaran Syiah dapat dilaksanakan hingga ke peringkat akar umbi.
4. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada pihak tuan untuk menegakkan Islam dengan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah sepertimana yang difahami oleh as-salaf as-soleh.
“Sebaik-baik umat Rasulullah SAW ialah para sahabah baginda”
Yang benar,
(Abd. Rasyid Bin Idris)
Presiden IQ,
Pulau Pinang.
Sumber:www.al-ahkam.net/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=87674
Berikut ialah sebahagian rakaman seminar tersebut yang memang jelas menampilkan kebiadaban ZAINI ZAINAL ABIDIN yang mencela dan mencerca para sahabat radhiyallahu anhum,dengan alsan 'berlapang dada'.



