SYIAH MENGGANAS DI MALAYSIA!!!!

Pertamanya,maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog ini.
Straight to the point:
Pada 12 Mei yang lalu sebuah seminar dianjurkan atas nama PAS,iaitulah :
SEMINAR ISU ANTARABANGSA BANTAHAN PENDUDUKAN 60 TAHUN ISRAEL DI BUMI PALESTIN

Hakikatnya:

IA ADALAH SEBUAH SEMINAR SYIAH!!!!

Penjelasannya:


ImageWeb2 IQ, 18 Mei (zain-ys) - Pada 12 Mei yang lalu khabarnya, satu majlis seminar di hotel Ansar sempena membantah 60 tahun penjajahan Israel ke atas bumi Palestine telah diadakan.

Namun, agak musykil kerana majlis itu juga adalah bersempena hari kelahiran Zainab al-Kubro.

Merayakan kelahiran Zainab bukan budaya umat Islam di Malaysia. Ini bermakna, jika ada orang yang merayakannya juga, pasti ada yang tak kena dengan orang berkenaan.

Zainab adalah salah seorang ahlil bait. Golongan yang memuja secara berlebihan terhadap ahlil bait adalah Syiah. Golongan Ahlus Sunnah juga amat menyintai Ahlil bait tetapi tidak bersikap melampau.

Apakah penganjur seminar berkenaan adalah kelompok Syiah?

Dugaan ini dikuatkan lagi dengan barisan panelnya yang antaranya:

Image1. Zaini Zainal Abidin. Beliau sering menelefon rtm dunia dan melontarkan idea-idea berbau Syiah. Pernah sekali dua dia diundang untuk rancangan berkenaan sebagai tetamu.

2. Hasan Askari. Dari namanya sahaja sudah dapat dicam bahawa beliau adalah seorang Syiah. Beliau adalah bekas pelajar Qom, Tehran

3. Mohd Nor Daud, Ketua Urusan Ulama MTD PAS Kota Lama

Bila meneliti isikandungan seminar berkenaan, memang jelas bahawa seminar berkenaan adalah seminar Syiah Imamiyah. Hal ini tidak dapat ditutup lagi sekalipun pada penghujung seminar pengerusi majlis berkali-kali menekankan bahawa mereka adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Menurut sumber yang hadir di seminar berkenaan; “..manakan mungkin mereka adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Mereka menuduh yang bukan-bukan terhadap para ulama Ahlus Sunnah. Mereka juga mentohmah para sahabat Rasulillah s.a.w. Terutamanya Abu Hurairah r.a.

Mana mungkin Ahlus Sunnah mentohmah para sahabat!” Sambung sumber ini lagi.

Menurut seorang lagi yang hadir; “..mereka juga cuba menipu para hadirin dengan menyelewengkan beberapa fakta.

Contohnya mereka mengatakan bahawa Hadith Bahtera terdapat di dalam Sahih Muslim dan Sunan Sittah. Sedangkan hakikatnya hadith berkenaan tidak pernah wujudpun di dalam kitab-kitab berkenaan.

Golongan Syiah memang terkenal dan masyhur sebagai golongan yang gemar memalsukan fakta.

Apa yang menyedihkan ialah seminar berkenaan dianjurkan oleh PAS. Lihat sendiri logo PAS tertera megah pada poster (lihat gambar).

Pihak PAS perlu menyiasat tentang hal ini agar ia tidak terus merebak dan menjadi parah. Jika hal ini tidak diselesaikan segera, adalah dipercayai ia akan menjadi fitnah terhadap PAS. Juga mengiyakan tuduhan sebahagian masyarakat bahawa PAS sudah dipengaruhi oleh Syiah Imamiyah yang sesat itu. (zain-ys 4 web2 IQ)

Image





Seminar ini juga turut dibantah oleh Al-Fadhil Ustaz Nasruddin Tantawi dalam blognya:

Percubaan Untuk Sabotaj PAS


Saya mendapat maklumat bahawa majlis anjuran UPU Sekolah Taman Sekebun Bunga yang kononnya untuk membantah pendudukan 60 tahun Israel di Palestine telah dijadikan medan untuk propaganda syiah .


Kalau saya melihat kepada panel yang diundang iaitu Hasan Askari dan Zaini Zainal Abidin sudah cukup memperlihatkan apakah wajah sebenar program tersebut .


Dengan ini Dewan Pemuda PAS Pusat membantah program tersebut dan sangat kesal di atas sikap tidak bertanggungjawab menggunakan pentas PAS untuk tujuan jahat tersebut dengan membawa masuk pengaruh dan idea syiah ke dalam PAS sedang PAS adalah perjuangan yang berasaskan Ahlis sunnah wal Jamaah.


Saya mengharapkan agar pimpinan PAS khasnya sahabat - sahabat pemuda dapat mengambil tindakan sebenar . Saudara Yb. Zaki , Ustaz Nik Abduh , Ustaz Ahmad Baihaqi dan saudara Zuraidin mungkin boleh beri perhatian dengan menyiasat betul duduknya kes atau isu ini kemudian dapat bertindak agar pengaruh syiah tidak dibawa masuk ke dalam PAS melalui mana - mana jua pintu .

dari blog:http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com


Juga dibantah oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Rashid bin Idris,Presiden Institut Ibn Qayyim di Pulau Pinang:

Bantahan terhadap kedurjanaan Syiah

Pihak Institut Al-Qayyim (IQ), Pulau Pinang dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya kedurjanaan golongan Syiah Malaysia yang telah menjadikan pentas SEMINAR ISU ANTARABANGSA BANTAHAN PENDUDUKAN 60 TAHUN ISRAEL DI BUMI PALESTIN yang telah dilangsungkan pada 12 Mei 2008 bertempat di Dewan Hijrah HOTEL ANSAR, Kota Bharu sebagai medan menghina sahabah Rasulullah SAW dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.



Majlis tersebut secara terang-terangan telah mempromosi aqidah Syiah yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah.

2. Pihak IQ sangat kesal di atas ketidak pekaan pihak penganjur iaitu UPU Sekolah Taman Sekebun Bunga berhubung sensitiviti umat Islam Ahlus Sunnah wal Jamaah yang merupakan majoriti di Malaysia bahkan di seluruh dunia. IQ juga kesal kerana pihak terbabit sanggup memperalatkan pentas PAS untuk memberi ruang dan tempat kepada golongan Syiah Malaysia. Tindakan ini hanya mengundang imej buruk terhadap PAS.


3. Pihak IQ menyeru malah merayu kepada pimpinan PAS Pusat dan kerajaan Kelantan agar dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung pengaruh Syiah yang menular di celah-celah saf perjuangan. Dicadangkan agar suatu langkah serius mendedahkan hakikat penyelewengan ajaran Syiah dapat dilaksanakan hingga ke peringkat akar umbi.


4. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada pihak tuan untuk menegakkan Islam dengan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah sepertimana yang difahami oleh as-salaf as-soleh.


“Sebaik-baik umat Rasulullah SAW ialah para sahabah baginda”


Yang benar,

(Abd. Rasyid Bin Idris)

Presiden IQ,

Pulau Pinang.

Sumber:www.al-ahkam.net/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=87674

Berikut ialah sebahagian rakaman seminar tersebut yang memang jelas menampilkan kebiadaban ZAINI ZAINAL ABIDIN yang mencela dan mencerca para sahabat radhiyallahu anhum,dengan alsan 'berlapang dada'.





6 comments:

Mir Hamzeh said...

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Tuduhan saudara bahawa pencinta Ahlul Bait (atau yg saudara gelar Syiah dgn cara yang menghinakan) adalah sesat sungguh menyakitkan dan tidak membawa apa-apa kebaikan secara umum atau khusus.

Jika ada KEBENARANNYA tuduhan saudara bahwa syiah itu sesat, semoga Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa para pencinta/syiah Ahlul Bait ini seadanya.

Manakala jika tuduhan sesat saudara itu TIDAK BENAR malah MEMECAH-BELAHKAN UMMAH, semoga ALLAH SWT akan mengampunkan pula saudara seadanya.

Allahumma Solli 'Ala Muhammad wa ali Muhammad.

Ibnu Sa'eed said...

Salaam,
Atas dasar ilmu dan kebenaran semua mazhab yang dipertikaikan haruslah diberi ruang seluas-luasnya untuk kajian terperinci melalui forum dan seumpamanya... semoga Allah membukakan tabir fanatik dan pra-sangka kepada cahaya kebenaran sementara masa masih mengizinkan...

Salaam

Javad said...

Saya tantang orang yang anti syi'ah untuk bermubahalah. Biarlah Alloh menjadi hakim pertentangan kita.

sang sepakat said...

kepada puak syiah takpayahlah masuk laman ni kalau tak stuju, bukan tak tahu perangai korang ni dari dulu lagi, konon suruh orang bawak berbincanglah bermubahalahlah. heiii kepala hotak korang tak pernah tahu ke yang dulu lagi ulamak dah buat perbincangan dan berbagai kajian mengenai syiah sesat korang ni, takpayahlah nak tuduh pecah umatlah apalah. bila kita masuk akidah korang baru kata tak pecah belah.... apa kata kita amal surah alkhfi ayat 1-10 setiap hari lepas maghrib bagi allah tunjjuk sikit. tak payahlah bermubahalah... maaf tulisan saya kesat terhadap penyokong syiah. ini je ayat yang sesuai dengan korang agaknya.

Unknown said...

assalamualaikum...

saya setuju dengan saudara nasrul97..kita tidak perlu bermubahalah dengan puak syiah yang terang2 kafir...mereka ini terlalu pintar didalam menyesatkan umat islam..dengan bantuan iblis lakhnatullah, dan mereka juga lebih zalim dari yahudi...perangi syiah..itulah jalan penyelesaiannya.

Unknown said...

Betul.. Syiah bukan Islam... kerana mengangkat kedudukan Imam mereka sbgai Maksum sprti Nabi Muhammad SAW... tiada yg maksum selain Nabi Muhammad SAW.. slain itu, ulama SYIAH juga mngatakan AL Quran yg sedia ada bukan yg original.. malah, menyatakan ALLAH SWT salah hntr wahyu kpd Nabi Muhammad SAW.. dan spatutnya kpada Ali r.a.. ini sudah melampaui batas... ingat! Allah tiada sekutu, Allah juga Maha Bijaksana... jangan engkau lari AKIDAH.. ini kisah benar antara Ulama SUNNI dan SYIAH:

kisah ini berlaku smasa pemerintahan seorg Raja di Iran.. Raja telah memanggil semua ulama SUNNI dan syiah,bertujuan untuk mengetahui perbezaan antara mereka... smua ulama syiah tlah menghadirkan diri,manakala seorg ulama sunni dtg lewat brbanding ulama sunni yang lain.. ulama sunnah tersebut mengepitkan kasutnya dicelah lengannya. Ulama syiah kehairanan melihatnya.. lalu bertanya...
"Kenapa kamu kepit kasut kamu begitu?"
lalu Ulama Syiah menjawab
"Saya terdengar bahawa semasa zaman Rasuluulah SAW,syiah gemar mencuri kasut!"
Ulama syiah menjawab
"Mana ada syiah semasa zaman Rasulullah SAW"

Ulama Sunnah seraya berkata,
"Jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, dari mana datangnya agama kamu?"