سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
أَنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
Maksudnya:
Segala puji bagi ALLAH, TUHAN semesta alam. Kepada-NYA kita memohon dan kepada-NYA jua kita meminta ampun. Kita memohon perlindungan kepada ALLAH dari kejahatan diri dan keburukan amal perbuatan. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh ALLAH, maka dia tidak akan mendapatkan kesesatan. Barangsiapa yang tersesat, maka tidak ada yang dapat memberikannya petunjuk kecuali hanya DIA. Saya bersaksi bahawa tidak ada TUHAN selain ALLAH yang Maha Esa. Saya bersaksi bahawasanya Muhammad adalah hamba dan utusan-NYA.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. - Aali-‘Imraan (3) :102
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada TUHAN kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada ALLAH yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-NYA, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya ALLAH sentiasa memerhati (mengawas) kamu. - al-Nisaa’ (4) : 1
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا (70) يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada ALLAH, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara). Supaya DIA memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada ALLAH dan Rasul-NYA, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. - al-Ahzaab (33) : 70-71
إِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَأَحْسَنَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.
Maksudnya:
Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah kitabullah. Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad s.a.w. Sedangkan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan semua yang diada-adakan adalah bid’ah[1]. Semua yang bid’ah adalah sesat dan semua yang sesat tempat kembalinya adalah neraka. - Hadis riwayat imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab Sholat al-‘Iedaini, no: 1560[2].
Adapun tajuk yang saya pilih, “Mencintai Rasulullah Melalui Sunnah” adalah sebagai membuka mata kita,apakah ISLAM kita hari ini,ISLAM sebagaimana yang dibawa oelh Rasulullah S.A.W? Apakah kita peka dengan sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W?Maka marilah kita bersama-sama bermuhasabah,pada pagi yang penuh keberkahan ini.
Sunnah,didefinisikan sebagai segala macam perbuatan(fi’il),perkataan(qaul) dan pengakuan (taqrir) Rasulullah S.A.W.Secara umumnya Hadith dan Sunnah adalah sama,namun hadith lebih menjurus kepada ucapan-ucapan Rasulullah S.A.W yang ditulis dan dikumpulkan.Sebahagian ulama’ telah membahagikan sunnah kepada dua,iaitu:
1)Sunnah ‘Amaliah
2)Sunnah Tarkiyyah
a)Sunnah ‘Amaliyah
Sunnah ‘amaliyah ialah segala macam perbuatan Nabi S.A.W yang dianjurkan kita mencontohi dan mengikutinya.Contohnya,menyimpan janggut,solat secara berjemaah,membersihkan mulut dan sebagainya.
b)Sunnah Tarkiyyah
Manakala Sunnah Tarkiyyah pula bermaksud apa sahaja yang ditinggalkan (tidak dilakukan) oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan Baginda tidak pernah menyuruh atau menggalakkannya. Dengan perkataan lain, jika melakukan amalan (keagamaan) yang dilakukan oleh Nabi itu dilihat sebagai mengikut Sunnah, maka tidak melakukan perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi itu juga dilihat sebagai mengikut Sunnah.
Sabda Nabi S.A.W:
من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه
Maksudnya: “Antara ciri keelokan Islam seseorang ialah dia meninggalkan apa yang tidak perlu baginya”
Segala bentuk amalan keagamaan yang ditinggalkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallamShallallahu ‘alaihi wasallam akan melakukannya sebagai ikutan bagi umatnya. Tetapi bila sesuatu amalan itu tidak dilakukan oleh Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam, maka ia menunjukkan bahawa amalan tersebut tidak perlu, dan meninggalkan perkara yang tidak perlu itu dilihat sebagai mengikut Sunnah, manakala melakukannya pula dilihat sebagai tidak mengikut Sunnah. adalah termasuk dalam jenis perkara yang tidak diperlukan oleh seseorang muslim, kerana jika ia perlu nescaya Baginda
Antara contoh Sunnah tarkiyyah yang telah sedia dihayati oleh umat Islam ialah tidak mendahulukan khutbah ke atas solat hari raya, tidak melaungkan azan dan iqamah untuk solat Hari Raya, solat al-istisqa’ dan solat jenazah, tidak melakukan solat sunat rawatib secara berjamaah dan tidak berdoa secara berjamaah sebelum solat fardu. Umat Islam tidak melakukan semua perkara itu kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah melakukannya. Justeru, prinsip ikutan terhadap Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam[3] adalah sama ada dengan melakukan apa yang Baginda lakukan (dalam perkara keagamaan) atau meninggalkan (tidak melakukan) apa yang Baginda tinggalkan.
Mengapa kita perlu menghayati dan mengamalkan sunnah?
Firman ALLAH S.A.W :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (Surah al-Ahzab,ayat 21)
Dalam ayat ini ALLAH Tabaraka wa Ta’ala telah memerintahkan agar kita mengambil amalan agama kita daripada Rasulullah S.A.W,dan bukannya memandai-mandai dalam urusan agama.Selain itu,sunnah juga merupakan sumber hukum yang kedua dalam Islam.
Dalilnya Rasulullah S.A.W bersabda:
تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما إن تمسكتم بهما، كتاب الله وسنتي.
Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku”-(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwatta’ No 1727.)
Sabda Nabi lagi,
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد.
Maksudnya: “Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amalan (ibadat) bukan mengikut (spesifikasi) cara kami, maka ia adalah tertolak”(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shahih Muslim, No 1718)
Selain itu ALLAH S.WT juga menjanjikan kelebihan dan ganjaran bagi orang-orang yang mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W.Firman ALLAH S.W.T:
وَمَن يَقْنُتْ مِنكُنَّ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ وَتَعْمَلْ صَالِحًا نُّؤْتِهَا أَجْرَهَا مَرَّتَيْنِ وَأَعْتَدْنَا لَهَا رِزْقًا كَرِيمًا
Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia.
Firman ALLAH lagi,
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dalam kedua-dua ayat Qur’an telah dijanjikan ganjaran yang besar,berupa keampunan dan kasih sayang ALLAH S.W.T,inilah yang menjadi pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah.
Metod/Cara Mengamal dan Mengaplikasi Sunnah dalam Kehidupan.
Seringkali dalam kalangan masyarakat kita,berlaku kekeliruan dalam mengikuti sunnah,akibatnya berlakulah kejanggalan dan rasa ragu-ragu terhadap perkara-perkara sunnah.Dalam mengamalkan sunnah terdapat dua cara iaitu:
1) Ittiba’ Suri
2) Ittiba’ Hakiki
a)Ittiba’ Suri
Ittiba’ Suri bermaksud mengikuti sesuatu sunnah secara total atau keseluruhan tanpa membuat penambahbaikan atau perubahan terhadap sunnah tersebut.Misalnya,kaifiyat [4]ibadah,cara berpakaian,adab-adab dalam kehidupan dan sebagainya
b)Ittiba Hakiki
Ittiba’ Hakiki pula bermaksud mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu sunnahsesuai degan peredaran zaman.Misalnya menggantikan kayu
1)Enggan memberus gigi menggunakan berus gigi dan ubat gigi,dengan alasan kayu arak lebih aula’ dan sunnah.Hakikatnya,sama sahaja penggunaan kedua-dua alat tersebut,iaitu bertujan bagi mewangikan dan membersihkan mulut.
2)Kes pelajar dibuang sekolah kerana memakai serban,wal hal serban merupak sunnah nabi yang lebih bersifat kepada keadaan bagiunda di tanah airnya yang panas,.
Kesimpulannya,kita haruslah memahami konsep ittiba’ Suri dan Ittiba’ Hakiki,serat dapat mengenal pasti sunnah-sunnah yang bersifat ‘Amaliyyah dan Tarkiyyah dalam mengamalkan sunnah.Kita juga perlu mempelajari dan mengamalkan sunnah Rasul,sebagagi isyarat bahawa kita mencintai Baginda dan apabila kita telah ada rasa cinta kepada Rasul,maka kita juga akan raa cinta kepada ALLAH.Semoga dengan adanya penjelasan tentang sunnah ini,kita akan lebih bersemangat untuk mempertahan dan mengamalkan sunnah.
*Bahan ini merupakan bahan edaran yang akan digunakan oleh tuan rumah pada kuliah subuh,27 hb ini,bertempat di surau al-Ikhwan,Kuantan.Pengunjung yang berkesempatan dijemput hadir
*Digalakkan menyebarkan edaran ini kepada kenalan,dan kaum kerabat anda.
[1] Ibadah baru yang diada-adakan dalam agama.
[2] Ucapan ini dikenali sebagai Khutbah Hajat.Salah satu sunnah dalam memulakan ucapan.
[3] Siapa Ahli Sunnah Sebenar,Dr Azwira Abdul Aziz ,mukasurat12-13
[4] Tatacara
[5] Kayu yang biasa dikenali dengan nama kayu sugi
[6]Rakaman Kuliah Maulana Asri,Ittiba’ Suri dan Ittiba Hakiki,Darul Kautsar, Kota Bharu
0 comments:
Post a Comment