Sambungan Kuliyyah Akidah dan Tafsir

Kuliyyah Akidah Dan Tafsir
oleh : As-Syeikh Dr Abdullah Yasin

Juzuk 2,Surah al-Baqarah,ayat 165

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah;

Dalam ayat ini pula ALLAH S.W.T menyatakan tentang keadaan orang-orang yang enggan menggunakan akal fikiran mereka untuk memikirkan kebesaran ALLAH dan Ke-Esaan-Nya.Oleh sebab itulah mereka mengambil selain ALLAH sebagai tandingan-tandingan.Yang dimaksudkan dengan "tandingan-tandingan selain ALLAH" dalam ayat diatas ialah mereka menjadikan makhluk,sama ada malaikat atau nabi atau orang saleh atau mana-mana pemimpin,setanding atau setaraf dengan ALLAH dalam urusan ibadah,cinta,ta'zim dan kepatuhan.Walaupun mereka tetap tidak menyamakan ALLAH dengan tandingan-tandingan tersebut dalam hal penciptaan,rezeki dan pengurusan alam ini.(Rujuk Tafsir Al-Maraghi,Syeikh Ahmad Mustafa Al-Maraghi,jilid 1,mukasurat196)


Jadi golongan tersebut mencintai tandingan itu sama dengan mereka mencintai ALLAH,begitu juga dalam hal mentaati,mematuhi,merasa takut,memohon kebaikan dan perlindungan.Mereka juga memberikankuasa penentuan hukum halal dan haram kepada tandingan tersebut dan lain-lain lagi.



وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبًّا لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً وَأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ


Sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

Maksudnya,Orang-orang zalim tersebut iaitu mereka yang telah mengambil tandingan-tandingan selain ALLAH,jika seandainya mereka telah melihat azab ALLAH di Akhirat nanti nescaya mereka akan sedar bahawa tandingan-tandingan yang mereka ambil ketika di muka bumi dulu sama sekali tidak dapat menolong mereka terlepas daripada siksaan ALLAH.Segala kekuatan hanya milik ALLAH dan Dia-lah yang menetukan segala-galanya.Ketika itu baru merke yakin bahwa sebenarnya yang mengatur alam akhirat itu,itulah juga kekuatan yang mengatur alam dunia dulu.

Sambungan Kuliyyah Tafsir dan Akidah

Kuliah Tafsir dan Akidah oleh As-Syeikh Dr Abdullah Yasin

Surah Al-Baqarah,ayat 164
.إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ َ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran

Pada ayat ini pula ALLAH S.W.T menyebut beberapa tanda yang terdapat di alam nyata ini sebagai bukti ke-Esaan dan Kasih Sayang-Nya untuk menguatkan lagi kebenaran yang terkandung dalam ayat sebelumnya.Di antara tanda-tanda tersebut ialah:
  1. Penciptaan langit dan bumi.
  2. Pergantian sinag dan malam silih berganti
  3. Bahtera yang berlayar di lautan
  4. Penurunan hujan darilangit
  5. Penghidupan semula tanah yang mati dgn air hujan
  6. Penyebaran segala jenis haiwan di bumi
  7. Pengisaran angin dan awan antara langit dan bumi
Di dalam semua kejadian tersebut mengandungi banyak pengajaran bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.Dengan memikirkanny mereka akan mendapati rahsia dan hikmah disebalik setiap peristiwa tersebut dan selanjutnya akan mampu membezakan yang mana mendatangkan manfaat atau sebaliknya mudharat.Dan yang paling penting ialah dengan memikirkan kejadian-kejadian tersebut maka akan timbul pengakuan betapa Kebesaran dan Kekuasaan Yang Mencipta semua itu.Oleh itu sangat tepatlah kalau hanya Dia sahajalah yang layak untuk disembah oleh makhluk,bukan yang selain Dia.Sungguh celaka orang-orang yang enggan memikirkan dan mengambil pengajaran daripada kejadian alam ini.

Sabda Rasulullah S.A.W :Sungguh CELAKA orang yang membaca ayat ini lalu dia tidak mengambil pengajaran daripadanya.(rujuk Tafsir Maraghi,jilid 1 mukasurat 37)

Sebahagian ulama berkata: "ALLAH memiliki dua kitab; Kitab Pertama adalah Kitab Makhluk iaitu alam maya ini dan Kitab Kedua pula Kitab Munazzal(kitab yang diturunkan) iaitu Al-Quran.Kitab kedua berperanan membimbing kita mencapai ilmu tentang Kitab Pertama(alam maya) dengan menggunakan akal fikiran.Siapa yang mahu mengambil pelajaran daripada kedua-duanya maka ia akan berjaya dan siapa yang berpaling daripada kedua-duanya maka ia akan rugiu di dunia dan di akhirat."(Rujuk Tafsir Maraghi.Jilid 1 ,Mukasurat37)

Awak setuju tak?

Assalamu`alaikum warohmatulloh.. Mari kita bermuhasabah diri.. _______________________________________________

AWAK SETUJU TAK DENGAN 14 SOALAN INI?Awak setuju tak? Bahawa awak tak boleh lari daripada bertujuan hidup di dunia sementara ni adalah untuk mendapat redha Tuhan yang menjadikan awak, iaitu Alloh SWT. Dengan redhaNya, Dia akan mengasihi awak, bila Dia mengasihi awak, insyaAlloh di hayat kekal abadi nanti, Dia akan limpahkan kasih sayangNya kepada awak di syurga.

  1. Awak setuju tak? Bahawa untuk mendapat redha Alloh SWT, awak mestilah redha bahawa Alloh adalah Tuhan seluruh alam ini, awak mestilah redha bahawa Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak dan awak mestilah redha bahawa Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Alloh untuk memperkenalkan Alloh dan Islam kepada awak dan lainnya. Redha, bukanlah semata-mata mengakui, tetapi juga adalah yakin tanpa sangsi dan was-was akan ketiga-tiga perkara ini.
  2. Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Alloh adalah Tuhan awak, awak mestilah mentaatiNya, patuh kepada suruhanNya, tunduk kepada laranganNya, memupuk perasaan cinta kepadaNya serta berkeinginan untuk mendapat kasih sayangNya.
  3. Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak, awak mestilah mengamalkan cara hidup yang ditunjukkan dalam Islam bukan hanya mengikut orang, bukan hanya mengamalkan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, tetapi berusaha mengamalkan seluruhnya dengan perasaan penuh rela dan ikhlas mengamalkannya.
  4. Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Alloh bagi memperkenalkan Alloh dan Islam kepada awak dan lainnya, awak mestilah menjadikan Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام sebagai ikutan untuk awak dalam setiap amalan seharian kehidupan awak.
  5. Awak setuju tak? Bahawa untuk menuju kepada tujuan meredhai ketiga-tiga keredhaan ini, awak mestilah mempunyai ilmu, yang sebenarnya awak tak dapat kesemuanya dalam waktu awak belajar di sekolah sahaja, tetapi mestilah diteruskan usaha mendapatkan ilmunya sepanjang hayat awak. Dan ilmu itu tidaklah boleh lari daripada panduan utama, iaitu Al-Quran dan hadith yang shohih datangnya daripada Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام serta panduan daripada para ulama yang berpegang kepada dua panduan utama ini.
  6. Awak setuju tak? Bahawa awak sekarang ini masih belum berada dalam tujuan utama hidup di dunia, iaitu untuk mendapat redha Alloh SWT. Banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu tetapi awak terus melakukannya.
  7. Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah, kembali kepada tujuan utama itu, meninggalkan banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu.
  8. Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah cepat, bukan menunggu nanti bila dah tua, kerana awak tak dapat kepastian bahawa hidup awak akan berpanjangan hingga tua, sedangkan banyak sebab yang membolehkan nikmat usia awak ditarik balik pada usia awak sekarang ini.
  9. Awak setuju tak? Bahawa untuk berubah itu, bukanlah perkara mudah tanpa bimbingan yang kuat kepada diri awak yang lemah yang mudah saja melayani banyak perkara yang melekakan awak daripada tujuan hidup awak.
  10. Awak setuju tak? Bahawa untuk mendirikan rumahtangga, amat penting untuk awak mempunyai pasangan yang cenderung untuk memberikan bimbingan yang kuat kepada diri awak, dan awak juga perlu cenderung bekerjasama dengannya saling sokong-menyokong, ingat-mengingati agar sentiasa membawa keluarga kepada tujuan hidup di dunia ini.
  11. Awak setuju tak? Bahawa apabila awak banyak menjawab “setuju” dengan soalan-soalan ini, kaki awak sebenarnya telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak di dunia ini.
  12. Awak setuju tak? Bahawa apabila kaki awak telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak ini, sepatutnya awak tidak mengangkatnya kembali meninggalkan landasan ini, tetapi sebaliknya mengangkat sebelah lagi kaki awak, untuk terus melangkah menyelusuri landasan ini.
  13. Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah melangkah menyelusuri landasan ini, awak perlu terus berada di atas landasan ini, jangan berundur meninggalkan landasan ini.
  14. Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah tetap berada di atas landasan ini, awak tak sepatutnya berseorangan menyelusurinya, tetapi awak perlu membawa semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh masyarakat turut menyertai awak menyelusuri landasan ini.
Maka, sebar-sebarkanlah 15 pertanyaan penting ini kepada semua yang anda sayangi. Saya persilakan untuk awak translate 15 pertanyaan ini kepada bahasa-bahasa lain yang awak tahu dan sebarkannya ke seluruh pelusuk alam. Semoga kita mendapat redha Alloh SWT.

Di ambil dari http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=84952

Kuliyyah Tafsir dan Akidah

Oleh:,As-Syeikh Dr Abdullah Yassin


Juzuk 2,Surah Al-Baqarah,Ayat 163-167

وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (163) إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ (164) وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبًّا لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً وَأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ (165) إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُواْ مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ وَرَأَوُاْ الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الأَسْبَابُ (166) وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّؤُواْ مِنَّا كَذَلِكَ يُرِيهِمُ اللّهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ وَمَا هُم بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ

163. dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

164. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal Yang belayar di laut Dengan membawa benda-benda Yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan Yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan Yang tunduk (kepada Kuasa Allah) terapung-apung di antara langit Dengan bumi; Sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum Yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

165. (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

166. (Iaitu) ketika ketua-ketua Yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang Yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya Segala hubungan di antara mereka.

167. dan (pada masa Yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang Yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau Kami (dengan itu dapat Kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada Kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa Yang mendatangkan) penyesalan Yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.


Setelah ALLAH S.W.T melarang Ahl Kitab menyembunyikan kebenaran dalam ayat-ayat sebelum ini,dan bagi mereka yang berbuat demikianakan ditimpakan la'nat daripada ALLAH dan semua makhluk,maka pertama-tama kebenaran yang wajib dinyatakan dan tidak boleh disembunyikan ialah tentang Men-tawhid-kan ALLAH.

وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (163

163. dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Allah S.W.T menjelaskan dalam ayat di atas bahawa Dia Maha Esa dalam segala hal baik Dzat-nya,sifat-Nya ataupu Af'alnya(perbuatan-Nya).Hanya dia sahaja yang berhak dan layak disembah,tiada sekutu bagi-Nya.Disamping itu juga Dia adalah Maha Pemurahlagi Maha Mengasihani.Prof Dr Wahbah Al-Zuhaily berkata:Adapun rahsia dikhususkandi sini ialah sifat Wahdaniyah(ke-Esaan) dan Rahmah(Kasih Sayang),bukan sifat-sifat-Nya yang lain ialah untuk mengingatkan orang-orang Kafir yang menyembunyikan kebenaran bahawa ALLAh sahaja yang mampu menolong mereka dan tidak ada seorangpun selain Dia yang dapat menyelamatkan mereka daripada siksaannya.Dan selanjutnya menggalakkan mereka agar segera bertaubat kepada ALLAH dan jangan putus asa kerana ALLAH adalah Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

*Bersambung......
Koleksi Kuliyyah Tafsir dan Akidah bagi Juzuk 1 telah dibukukan dan boleh didapati dengan harga RM70.00 di Madrasah Al-Wahidah.Layari www.al-wahidah.com


Mengenal Syeikh Idris Al-Marbawi





As-Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi
Nama sebenar beliau ialah Muhammad Idris bin Abdul Rauf.Di nisbahkan Marbawi kepada namanya,bersempena dengan tempat asalnya,Merbau.Beliau dilahirkan pada 28 DzulQa'idah 1313/1892,di Makkah.

Pendidikan.
Mendapat pendidkan awal di Sekolah Melayu Lubuk Merbau,Perak.
Setelah itu beliau melanjutkan pelajaran ke Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan,Kuala Kangsar,Perak.Seterusnya beliau kembara menenuntut ilmu dengan pelbagai ulama'-ulama' di Kedah dan Patani,bahkan beliau juga sempat berguru dengan Tok Kenali di Pondok Tok Kenali,Kubang Kerian,Kelantan.1924,Beliau menyambung pelajarannya di al-Azhar dan merupakan anak Melayu pertama yang menuntut di Azhar.

Sumbangan dan Karya-Karya Beliau
Ketokohan beliau dalam bidang pendidikan dan penulisan amat dikagumi.Beliau telah dianugerahkan beberapa anugerah kehormat antaranya:

1)Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1 Julai 1980

2)Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1Muharram 1408/1987.

Antara karya-karya beliau ialah:
1)Kamus Al-Marbawi
2)Kamus al-Jaib
3)Bahrul Maadzi
4)Bulughul Maraam
5)Tafsir al-Qur'an al-Marbawi
6)Tafsir Nur al-Qur'an
7)Usul Islam

dan banyak lagi karya-karya beliau
Beliau meninggal dunia pada pagi Jumaat.13 Oktober 1989.

رَّضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ

Tokoh Yang Aku Kagumi.....

Samahatusy-Syeikh.Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Biografi

Nama beliau adalah: Abdul Aziz bin Abdullah bin Abdurrahman bin Muhammad bin Abdul Aali Baz. Beliau dilahirkan di Riyadh, Arab Saudi pada tanggal 12 Dzulhijjah 1330 Hijriah. Pada mulanya beliau bisa melihat, kemudian pada tahun 1336 H, kedua matanya menderita sakit, dan mulai melemah hingga akhirnya pada bulan Muharram tahun 1350 H kedua matanya mulai buta.

Pendidikan

Sebagai putra seorang ulama' pendidikannya lebih banyak tertuju pada pelajaran Al-Qur'an dan Hadits dibawah bimbingan keluarganya. Kemudian

Beliau belajar ilmu-ilmu syar'i dari para ulama besar di Riyadh, diantaranya :

  • Syaikh Muhammad bin Abdullathif bin Abdurrahman bin Hasan bin Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab,
  • Syaikh Shalih bin Abdul Aziz bin Abdurrahman bin Hasan bin Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab (qadhi (hakim) Riyadh),
  • Syaikh Sa’ad bin Hamd bin Faris bin ‘Athiq (qadhi Riyadh),
  • Syaikh Hamd bin Faris (wakil Baitul Mal Riyadh),
  • Syaikh Sa’ad Waqqash al-Bukhari (guru tajwid beliau pada tahun 1355 H),
  • Syaikh Muhammad bin Ibrahim bin Abdullathif Aalu as-Syaikh (tempat beliau menimba berbagai macam disiplin ilmu Syari’at Islam mulai tahun 1347-1357 H).

Sifat Dermawannya.

Dermawan adalah di antara sifat yang dimiliki oleh para nabi ‘alaihimussalam. Begitu pula halnya nabi kita yang mulia shallallahu ‘alaihi wasallam adalah manusia yang paling dermawan, makhluk yang paling memiliki sifat memberi, orang yang paling agung pemberiannya, dan manusia yang paling sempa dalam memberi, sehingga Jabir radhiallahu’anhu berkata:
Artinya: “Belum pernah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dimintai sesuatu (kepadanya) kemudian beliau menjawab: ‘Tidak’.”
Dari Anas radhiallahu‘anhu beliau berkata:
Artinya: “Sesungguhnya seorang laki-laki telah meminta kambing (yang jumlahnya) memenuhi (lembah) antara dua gunung kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, maka beliau memberikannya kepada orang tersebut, lalu laki-laki itu datang menemui kaumnya dan berkata,’Wahai kaumku! Masuklah kamu sekalian ke dalam Islam, demi Allah! Sesungguhnya Muhammad akan memberikan suatu pemberian (bila kamu sekalian masuk Islam) dan dia tidak pernah takut miskin (karena memberi)”.
Shahih Muslim hadits no. 5975 [syarah Imam Nawawi cet. Dar al-Ma’rifah Beirut Tahun 1418 H/ 1997]

Disebutkan dalam “Imamul ‘Ashar ibnu Baz wa al-Albani” hal. 13, bahwa pernah seorang mujahid diutus menemui beliau (untuk meminta sumbangan), namun yang ada adalah sebuah benda yang sangat penting miliknya, maka beliau pun menjual barang tersebut dan memberikan hasil penjualannya kepada mujahid itu untuk dimanfaatkan di jalan Allah ‘Azza wa Jalla.

Beliau tidak mengizinkan bagi orang yang datang berkunjung kepadanya untuk permisi pergi, kecuali setelah makan siang atau makan malam bersamanya, istimewa apabila yang berkunjung itu adalah musafir atau datang sengaja dari daerah jauh. (Imamul ‘Ashar Dr. Nasir Zahrani hal. 99)

Berkata salah seorang sahabat karib as-Syaikh bin Baz yang beama Sa’ad bin Abdul Muhsin (orang ini lebih tua sepuluh tahun dari as-Syaikh bin Baz), “Dahulu ketika masa mudanya, beliau (Bin Baz) belajar dengan as-Syaikh al-‘Allaamah Muhammad bin Ibrahim rahimahullah. Apabila pulang dari belajar dan di jalan bertemu dengan seseorang penuntut ilmu atau orang yang merantau atau tamu ataupun tetangga, maka beliau berusaha sekuatnya untuk mengajak orang tersebut masuk ke rumahnya untuk makan bersamanya, padahal beliau adalah seorang yang miskin dan kurang persediaan makanan, hal ini terus-menerus berkelanjutan selama hidupnya, bahkan beliau merasa sedih apabila tidak ada seorang tamu pun yang menyertainya makan”.

Tiga tahun sebelum wafatnya beliau, setelah safar ke Mekkah dan kembali ke kota Thaaif, seperti biasanya beliau membuka pintu rumah dengan harapan agar orang-orang datang. Akan tetapi teyata tamu dan orang-orang fakir miskin tidak ada yang datang ke rumahnya (untuk makan bersamanya) karena kebanyakan mereka tidak mengetahui beliau telah kembali, serta-merta beliau pun berduka-cita sembari bertanya kepada orang-orang yang membantunya, “Apa hal yang terjadi pada orang-orang sehingga mereka tidak datang? Apakah kamu sekalian katakan bahwa saya capek (baru pulang), ataukah kamu sekalian pernah menutup pintu di hadapan mereka, atau adakah sebab lain?” Mereka menjawab, “Wahai Tuan Syaikh, kebanyakan mereka belum menetahui kalau Anda telah sampai dan sebagian yang lain ingin untuk beristirahat pada hari-hari raya pertama ini”. Beliau berkata, “Pergi beritahukan masyarakat, para tetangga bahwa syaikh mengundang kamu sekalian, dan rumahnya terbuka untuk anda sekalian”. (Imamul ‘Ashar Dr. Nasir Zahrani hal. 101)

Semua sejajar di sisinya:

Pernah suatu ketika sebagian orang datang menemui beliau dan berkata kepadanya, “Wahai Tuan Syaikh, ada sebagian orang berpangkat berpendapat bahwa ketika beliau duduk bersama orang-orang ketika makan siang atau makan malam dan lainnya, yang duduk menemui Tuan ada buruh, pegawai, ada Arab ada pula orang ‘ajam dan orang-orang miskin, bahkan ada pula orang-orang hitam; hal seperti ini membuat kurang enak di hati para penziarah dan tamu-tamu besar. Maksud kami bukanlah mengusulkan supaya Tuan tidak usah memberi orang-orang tersebut makan dan menutup pintu bagi mereka, akan tetapi alangkah baiknya kalau bagi mereka disediakan tempat makan dan minum tersendiri sedangkan Tuan dan orang-orang yang istimewa berada pada suatu tempat yang khusus pula”. Seketika itu muka syaikh langsung berubah, (muka tidak senang) karena mendengar ucapan orang tersebut, dan beliau berkata, “Miskin…miskin…(aduhai malangnya, aduhai malangnya), orang yang berpendapat seperti ini belum mengecap lezatnya bergaul dengan orang-orang miskin dan makan bersama orang-orang fakir, saya tidak akan meninggalkan kebiasaan ini dan saya tidak memiliki orang-orang istimewa. Bagi yang sanggup duduk bersama sya dengan ditemani oleh orang-orang fakir miskin itu silakan duduk, barangsiapa yang tidak betah, maka tidak ada paksaan”. (Imamul ‘Ashar Dr. Nasir Zahrani hal. 93)

Ibnu Baz sebagai bapak bagi orang miskin

Seorang miskin dengan pakaian ala kadaya yang berasal dari Afrika datang menanyakan beliau pada musim haji yang terakhir (musim haji sebelum beliau meninggal dunia). Orang tersebut bertanya, “Mana as-Syaikh Bin Baz?”, maka dikatakan kepada orang tersebut, bahwa beliau tidak sanggup pergi haji. Orang negro itu balik ditanya, “Anda mau apa?”, orang itu menjawab, “saya tidak menginginkan apa pun dari Anda, hanya saha saya adalah seorang miskin sedangkan as-Syaikh adalah bapak bagi orang-orang miskin”. (Imamul ‘Ashar Dr. Nasir Zahrani hal. 190)

Sebagai penutup kami merasa perlu menyampaikan bahwa riwayat-riwayat ini mungkin hanya seperseribu riwayat yang mengungkapkan tentang alangkah indahnya kehidupan beliau. Mudah-mudahan dalam kesempatan lain ada di antara saudara kita bersedia menggoreskan tintanya tentang keilmuan, ketakwaan, amanah, santunnya beliau dan lain-lainnya. Sehingga tersimpullah bagi kita yang pemula, “Kalau sekiranya Ibnu Baz seorang imam kaum Muslimin yang hidup seribu lima ratus tahun setelah Rasulullah wafat, maka bagaimana halnya dengan orang yang menurunkan warisan semua ilmu para ulama, yaitu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam?, semoga Allah Ta’ala mengaruniakan pemahaman yang benar dan ketakwaan yang sempua kepada kita dan kepada seluruh kaum Muslimin, amin!

Shalawat dan salam semoga senantiasa tercurah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga dan para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik.


Kerjayanya

Jabatan yang pernah beliau duduki

  • Qadhi (Hakim) di daerah al-Kharaj semenjak tahun 1357-1371 H,
  • Mengajar di Ma’had (Universitas)al ‘Ilmi di Riyadh pada tahun 1372 H dan fakultas Syari’ah di Riyadh setelah dibentuknya fakultas tersebut pada tahun 1373 H (dalam mata pelajaran ilmu fiqh, tauhid dan hadits, dan jabatan ini beliau tekuni sampai tahun 1380 H).
  • Pada tahun 1381 H ditunjuk sebagai wakil Rektor Universitas Islam Madinah hingga tahun 1390 H, diangkat menjadi Rektor Universitas tersebut pada tahun 1390 H setelah wafatnya as-Syaikh Muhammad bin Ibrahim Aalu as-Syaikh pada bulan Ramadhan 1389 H, kemudian beliau tetap memegang jabatan tersebut sampai tahun 1395 H.
  • Pada tanggal 14-10-1395 H keluar Surat Keputusan Kerajaan untuk mengangkatnya sebagai pimpinan umum untuk bagian Pembahasan Ilmiyah, Fatwa Dakwah dan Irsyad (kemudian tersebut berubah menjadi Mufti Umum Kerajaan setelah dibentuknya Kementrian Urusan Islam, Waqaf, Dakwah dan Irsyad pada tahun 1414 H).

Selain itu beliau menjabat sebagai anggota pada beberapa Majelis Islamiyah yang berskala internasional, seperti:

  • Anggota Perkumpulan Ulama Besar Kerajaan Arab Saudi.
  • Kepala Badan Tetap Pembahasan Ilmiyah dan Fatwa pada lembaga di atas.
  • Anggota dan kepala majelis pendiri Rabithah Alam Islami.
  • Kepala pada Majma’ al-Fiqhi al-Islami yang berpusat di Makkah yang merupakan bagian dari Rabithah Alam Islami.
  • Anggota pada majelis tertinggi di Universitas Islam Madinah.
  • Anggota pada majelis tinggi Da’wah Islamiyah Kerajaan Arab Saudi.

Karya Karya Beliau

Karangan-karangan beliau, sebagian kecilnya antara lain:
  • Al-Fawaid al-Jalilah fi al-Mabahits al-Fardhiyah
  • At-Tahdzir minal Bida’
  • Al-‘Aqidah ash-Shahihah wamaa Yudhaadhuha
  • Al-Jihad fi Sabilillah
  • Ad-Da’watu Ilallah wa Akhlaaqu ad-Du’at
  • Al-Jawabul Mufid fi Hukmi at-Tashwiir
  • Wujuubu Tahkiimi Syar’illahi wa Nabdzu maa Khaalafahu
Kewafatannya
Beliau wafat pada subuh Kamis 27 Muharram 1420 H di kota Thaif, dishalatkan pada hari Jumaat (28 Muharram 1420 H) di MasjidilHaram, dan dimakamkan di pemakaman al-‘Adl Makkah.

رَّضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ

Mencintai Rasulullah S.A.W Melalui Sunnah.


سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

أَنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.

Maksudnya:

Segala puji bagi ALLAH, TUHAN semesta alam. Kepada-NYA kita memohon dan kepada-NYA jua kita meminta ampun. Kita memohon perlindungan kepada ALLAH dari kejahatan diri dan keburukan amal perbuatan. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh ALLAH, maka dia tidak akan mendapatkan kesesatan. Barangsiapa yang tersesat, maka tidak ada yang dapat memberikannya petunjuk kecuali hanya DIA. Saya bersaksi bahawa tidak ada TUHAN selain ALLAH yang Maha Esa. Saya bersaksi bahawasanya Muhammad adalah hamba dan utusan-NYA.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. - Aali-‘Imraan (3) :102

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada TUHAN kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada ALLAH yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-NYA, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya ALLAH sentiasa memerhati (mengawas) kamu. - al-Nisaa’ (4) : 1

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا (70) يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada ALLAH, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara). Supaya DIA memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada ALLAH dan Rasul-NYA, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. - al-Ahzaab (33) : 70-71

إِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَأَحْسَنَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.

Maksudnya:

Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah kitabullah. Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad s.a.w. Sedangkan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan semua yang diada-adakan adalah bid’ah[1]. Semua yang bid’ah adalah sesat dan semua yang sesat tempat kembalinya adalah neraka. - Hadis riwayat imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab Sholat al-‘Iedaini, no: 1560[2].

Adapun tajuk yang saya pilih, “Mencintai Rasulullah Melalui Sunnah” adalah sebagai membuka mata kita,apakah ISLAM kita hari ini,ISLAM sebagaimana yang dibawa oelh Rasulullah S.A.W? Apakah kita peka dengan sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W?Maka marilah kita bersama-sama bermuhasabah,pada pagi yang penuh keberkahan ini.

Sunnah,didefinisikan sebagai segala macam perbuatan(fi’il),perkataan(qaul) dan pengakuan (taqrir) Rasulullah S.A.W.Secara umumnya Hadith dan Sunnah adalah sama,namun hadith lebih menjurus kepada ucapan-ucapan Rasulullah S.A.W yang ditulis dan dikumpulkan.Sebahagian ulama’ telah membahagikan sunnah kepada dua,iaitu:

1)Sunnah ‘Amaliah

2)Sunnah Tarkiyyah

a)Sunnah ‘Amaliyah

Sunnah ‘amaliyah ialah segala macam perbuatan Nabi S.A.W yang dianjurkan kita mencontohi dan mengikutinya.Contohnya,menyimpan janggut,solat secara berjemaah,membersihkan mulut dan sebagainya.

b)Sunnah Tarkiyyah

Manakala Sunnah Tarkiyyah pula bermaksud apa sahaja yang ditinggalkan (tidak dilakukan) oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan Baginda tidak pernah menyuruh atau menggalakkannya. Dengan perkataan lain, jika melakukan amalan (keagamaan) yang dilakukan oleh Nabi itu dilihat sebagai mengikut Sunnah, maka tidak melakukan perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi itu juga dilihat sebagai mengikut Sunnah.

Sabda Nabi S.A.W:

من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه

Maksudnya: “Antara ciri keelokan Islam seseorang ialah dia meninggalkan apa yang tidak perlu baginya”

Segala bentuk amalan keagamaan yang ditinggalkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallamShallallahu ‘alaihi wasallam akan melakukannya sebagai ikutan bagi umatnya. Tetapi bila sesuatu amalan itu tidak dilakukan oleh Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam, maka ia menunjukkan bahawa amalan tersebut tidak perlu, dan meninggalkan perkara yang tidak perlu itu dilihat sebagai mengikut Sunnah, manakala melakukannya pula dilihat sebagai tidak mengikut Sunnah. adalah termasuk dalam jenis perkara yang tidak diperlukan oleh seseorang muslim, kerana jika ia perlu nescaya Baginda

Antara contoh Sunnah tarkiyyah yang telah sedia dihayati oleh umat Islam ialah tidak mendahulukan khutbah ke atas solat hari raya, tidak melaungkan azan dan iqamah untuk solat Hari Raya, solat al-istisqa’ dan solat jenazah, tidak melakukan solat sunat rawatib secara berjamaah dan tidak berdoa secara berjamaah sebelum solat fardu. Umat Islam tidak melakukan semua perkara itu kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah melakukannya. Justeru, prinsip ikutan terhadap Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam[3] adalah sama ada dengan melakukan apa yang Baginda lakukan (dalam perkara keagamaan) atau meninggalkan (tidak melakukan) apa yang Baginda tinggalkan.

Mengapa kita perlu menghayati dan mengamalkan sunnah?

Firman ALLAH S.A.W :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (Surah al-Ahzab,ayat 21)

Dalam ayat ini ALLAH Tabaraka wa Ta’ala telah memerintahkan agar kita mengambil amalan agama kita daripada Rasulullah S.A.W,dan bukannya memandai-mandai dalam urusan agama.Selain itu,sunnah juga merupakan sumber hukum yang kedua dalam Islam.

Dalilnya Rasulullah S.A.W bersabda:

تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما إن تمسكتم بهما، كتاب الله وسنتي.

Maksudnya: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku”-(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwatta’ No 1727.)

Sabda Nabi lagi,

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد.

Maksudnya: “Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amalan (ibadat) bukan mengikut (spesifikasi) cara kami, maka ia adalah tertolak”(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shahih Muslim, No 1718)

Selain itu ALLAH S.WT juga menjanjikan kelebihan dan ganjaran bagi orang-orang yang mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W.Firman ALLAH S.W.T:

وَمَن يَقْنُتْ مِنكُنَّ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ وَتَعْمَلْ صَالِحًا نُّؤْتِهَا أَجْرَهَا مَرَّتَيْنِ وَأَعْتَدْنَا لَهَا رِزْقًا كَرِيمًا

Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia.

Firman ALLAH lagi,

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dalam kedua-dua ayat Qur’an telah dijanjikan ganjaran yang besar,berupa keampunan dan kasih sayang ALLAH S.W.T,inilah yang menjadi pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Metod/Cara Mengamal dan Mengaplikasi Sunnah dalam Kehidupan.

Seringkali dalam kalangan masyarakat kita,berlaku kekeliruan dalam mengikuti sunnah,akibatnya berlakulah kejanggalan dan rasa ragu-ragu terhadap perkara-perkara sunnah.Dalam mengamalkan sunnah terdapat dua cara iaitu:

1) Ittiba’ Suri

2) Ittiba’ Hakiki

a)Ittiba’ Suri

Ittiba’ Suri bermaksud mengikuti sesuatu sunnah secara total atau keseluruhan tanpa membuat penambahbaikan atau perubahan terhadap sunnah tersebut.Misalnya,kaifiyat [4]ibadah,cara berpakaian,adab-adab dalam kehidupan dan sebagainya


b)Ittiba Hakiki

Ittiba’ Hakiki pula bermaksud mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu sunnahsesuai degan peredaran zaman.Misalnya menggantikan kayu Arak[5] dengan berus gigi untuk bersugi,menaiki kereta bagi menggantikan unta, dan sebagainya.[6]

Kegagalan memahami kedua-dua metod ini telah menyebabkan ada pihak yang membabi buta dalam mengamalkan sunnah.Terdapat segelintir masyarakat hari ini yang berkeras kepala dalam mengamalkan sunnah –sunnah dengan mengabaikan dua kaedah ini.Antaranya ialah:

1)Enggan memberus gigi menggunakan berus gigi dan ubat gigi,dengan alasan kayu arak lebih aula’ dan sunnah.Hakikatnya,sama sahaja penggunaan kedua-dua alat tersebut,iaitu bertujan bagi mewangikan dan membersihkan mulut.

2)Kes pelajar dibuang sekolah kerana memakai serban,wal hal serban merupak sunnah nabi yang lebih bersifat kepada keadaan bagiunda di tanah airnya yang panas,.

Dan banyak lagi perkara-perkara yang dibenarkan bagi kita meninggalkannya.
Kesimpulannya,kita haruslah memahami konsep ittiba’ Suri dan Ittiba’ Hakiki,serat dapat mengenal pasti sunnah-sunnah yang bersifat ‘Amaliyyah dan Tarkiyyah dalam mengamalkan sunnah.Kita juga perlu mempelajari dan mengamalkan sunnah Rasul,sebagagi isyarat bahawa kita mencintai Baginda dan apabila kita telah ada rasa cinta kepada Rasul,maka kita juga akan raa cinta kepada ALLAH.Semoga dengan adanya penjelasan tentang sunnah ini,kita akan lebih bersemangat untuk mempertahan dan mengamalkan sunnah.

*Bahan ini merupakan bahan edaran yang akan digunakan oleh tuan rumah pada kuliah subuh,27 hb ini,bertempat di surau al-Ikhwan,Kuantan.Pengunjung yang berkesempatan dijemput hadir
*Digalakkan menyebarkan edaran ini kepada kenalan,dan kaum kerabat anda.



[1] Ibadah baru yang diada-adakan dalam agama.

[2] Ucapan ini dikenali sebagai Khutbah Hajat.Salah satu sunnah dalam memulakan ucapan.

[3] Siapa Ahli Sunnah Sebenar,Dr Azwira Abdul Aziz ,mukasurat12-13

[4] Tatacara

[5] Kayu yang biasa dikenali dengan nama kayu sugi

[6]Rakaman Kuliah Maulana Asri,Ittiba’ Suri dan Ittiba Hakiki,Darul Kautsar, Kota Bharu