Makluman: Blog-blog Anti Ahbash tiada kaitan dengan AAN


Makluman: Blog-blog Anti Ahbash tiada kaitan dengan AAN

1. Pihak al-ahkam.net (AAN) ingin memaklumkan bahawa segala blog anti Ahbash tiada kaitan sama sekali dengan AAN.

2. Pihak AAN mencela dan mengutuk blog berikut atas tindakan mereka mengkafir kumpulan Ahbash dan mencela mereka dengan cara yang tidak berakhlak:

i. http://takfirahbash.blogspot.com yang meletakkan gambar babi yang tertera tulisan "wajah ahbash pengkafir!!!" serta mengkafirkan golongan ahbash dengan perkataan: "Maka kini kami pula hendak mengatakan bahawa KALIAN TELAH KAFIR DENGAN KATA-KATA KALIAN WAHAI KUMPULAN AHBASY".

ii. Blog http://anti-ahbasy.blogspot.com/ yang meletakkan gambar kambing hitam yang tertera tulisan: JAIS

iii. Blog http://ahbash-sesat.blogspot.com/ yang menulis seperti berikut: "Kalau sudah sekalipun, sudah tentu kalian semua telah menutup hati-hati kalian serta sombong dan taksub terhadap pengasas kalian Abdullah Al-Harary. Bahkan, kalian sudah tergugat dengan banyaknya fatwa-fatwa ulama tentang kekafiran Ahbash"

3. Pihak AAN meragui siapa di belakang blog-blog di atas. Kita yakin ia bukan dibangunkan oleh golongan Sunnah.

4. Nasihat kami kepada semua, berhati-hatilah dengan blog-blog yang mempunyai ciri-ciri antaranya ialah:

i. Mengkafirkan sesama Islam

ii. Mencerca peribadi seseorang

iii. Kata-kata kesat

Yang pasti, blog yang mempunyai ciri-ciri di atas adalah blog anti sunnah/salafi. Berkemungkinan ia dibangunkan oleh golongan Ahbash.

5. Pihak AAN berpendirian tidak mengkafirkan golongan Ahbash apatah lagi golongan Asya'irah. Yang menjadi fokus AAN terhadap kumpulan Ahbash ialah sikap ghuluw mereka terhadap syeikh mereka dan sikap mereka yang gemar mengkafirkan sesama Islam yang berlainan aliran.

Sekian

Harap Maklum

zain-ys (www.al-ahkam.net)

Pihak AAN mencela perbuatan blog ini:

Blog ni pun sama...tak ada kaitannya dengan blog-blog yang ghuluw macam tu...

0 comments: