Fiqh Dakwah 1-Kepentingan Dakwah

Dakwah adalah suatu kerja yang diamanahkan kepada para nabi dan rasul sejak zaman-berzaman.Ummat Islam juga turut diberikan "kemuliaan" oleh ALLAH Rabbul 'Alamin untuk meneruskan kesinambungan kerja ini.Firman ALLAH:

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (QS 3:110)


Dan ALLAh memberikan kesaksian-Nya terhadap para da'i yang menyeru kepada jalan-Nya:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!


Dakwah sememangnya menjadi tanggungjawab setiap Muslim,hatta ia seorang pendosa sekalipun.Adalah tidak patut kita menyembunyikan isi kandungan Kitab-Nya.Mengenai hal ini ALLAh Ta'ala telah berfirman:


أَمْ تَقُولُونَ إِنَّ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطَ كَانُوا هُودًا أَوْ نَصَارَىٰ ۗ قُلْ أَأَنتُمْ أَعْلَمُ أَمِ اللَّهُ ۗ وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَادَةً عِندَهُ مِنَ اللَّهِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub berserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)? Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.


Sekali pandang,sememangnya ayat ini tertuju kepada rabbi-rabbi Yahudi,namun dalam ayat yang lain ALLAH Ta'ala sendiri telah menafsirkan ayat ini dengan ayat yang lain,iaitu:

نَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَىٰ مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ ۙ أُولَـٰئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Ayat ini bersifat umum dan ditujukan kepada semua Muslimin tanpa bias.Ini kerana menyembunyikan kebenaran adalah suatu perbuatan yang keji.Saya berikan anda suatu analogi mudah.katakan anda dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.anda memang tidak tahu jalan ke sana dan di sepanjang perjalan,terdapat papa tanda yang sengaja ditutup.Apa perasaan anda?marah?Sakit hati?Begitu jugalah dengan perbuatan menyembunyikan kebenaran,bahkan ia lebih keji.

Justeru,marilah kita bersama-sama istiqamah dalam menyampaikan firman ALLAH kepada semua hamba-hamba-Nya.Inysa ALLAH saya akan sambung di kesempatan yang lain.

Fiqh Dakwah

Objektif
Berkongsi ilmu dan menambah ilmu untuk meneruskan dakwah.

Manhaj Penulisan
Pengisian Fiqh Dakwah adalah diambil dari pelbagai da'i yang sempat saya temui,yang tak sempat saya temui,yang masih hidup,yang telah mati dan yang saya baca,atau tonton ceramah-ceramah mereka.Saya cuba untuk menyenaraikan sumber ambilan sekadr termampu,insya-ALLAH.sesiapa sahaja bebas untuk membuat pembetulan pada tulisan saya dengan syarat pembetulan yang dibuat atas dasar ikhlas,jujur dan berlandaskan ilmu.

Harapan
Saya berharap usaha yang sedikit ini menjadi penyelamat di Akhirat kelak.Bak kata Ustaz Zaharuddin,ingin Jadi Jutawan Akhirat!Mudah-mudahan begitu hendaknya ameen.

Wahabi...isu yang tak pernah kunjung padam....

Saya terasa hampir malas dan muak melayan kerenah sesetengah manusia yang sungguh sempit akalnya.lagi-lagi isunya WAHABI...Semacam sudah menjadi zikir pula.Apakah sudah kontang isu umat untuk dibicarakan selain daripada isu WAHABI?Mual,lagi memualkan.Sekadar gah membaling batu,melontar tuduhan dan sembunyikan diri bila "gossip" yang dibuat sudah terjawab.Maaf tak ingin saya buang masa melayan kerenah anda.Alhamdulillah saya mendapat lebih manfaat mengkaji perbandingan agama daripada melayan kerenah para "pencinta" WAHABI.Masakan tak cinta kalau mulut selalu menyebut?

Buat "pencinta-pencinta" wahabi di luar sana,perbuatlah apa yang kamu kehendaki,sehingga datang ketetapan ALLAH antara kami dan kamu.Kepada yang teruduh WAHABI,berbahagialah kerana anda sedang mengalami sebahagian daripada tarbiyyah dari Rabbul Alamin.Bukakankah dia telah berjanji akan membiarkan hamba-hambanya yang beriman diuji?Dia telah berfirman:

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم ۖ مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
(QS 2:213)


Biarkan kita dipandang pelik kerana Islam sememngnya agama yang "alien" dan akan kembali menjadi "alien" maka selaku "alien" kita patut merasa bahagia(Adaptasi Hadith No 270 Shahih Muslim).Apa yang penting tak perlu dilayan,mari kita sibukkan diri dengan dakwah di jalan ALLAh 'Azza wa Jalla.Berikut adalah web-web yang bermanfaat untuk belajar berdakwah kepada yang bukan Islam.Moga ALLAh kurniakan kepada kita umur yang panjang dalam ketaatan dan menjadikan kita "pembawa" hidayah,ameen ya Rabbul 'Alamin.Berikut adalah web-web yang bermanfaat untuk belajar berdakwah kepada yang bukan Islam:

1)laman Dr Zakir Naik
www.irf.net

2)Laman-laman Syeikh Yusuf Estes
www.islamtoday.com

www.scienceislam.com

www.yusufestes.com

www.hearislam.com

www.watchislam.com

www.islamnewsroom.com

www.youtubeislam.com

www.searchforislam.com

www.godAllah.com

www.911bible.com

www.bibleislam.com

www.bridgetofaith.com

Laman Hadith dan Al-Quran terjemahan
1)www.searchtruth.com

2)www.imaanstar.com

3)www.al-islam.com

Dan blog ini akan cuba untuk mengelakkan isu remeh-temeh dan akan lebih dokus pada dakwah dan methodologinya.Insya-ALLAH.

كڤوڤوسن توليسن جاوي،اڤ تيندقن كيت؟

سجنق ترماڠو دان ترمنوڠ ديري اين،اڤابيلا منراوڠ ك لامن الفيكرح.نيت،تتكالا مونچول سواتو كاليعامت دري سأورڠ ڤمفوروم:"زمان سكارڠ ني ده راماي اورڠ يڠ ده تق تاهو باچ جاوي.مليسيا تق ماچم نڬارا بروني"

بنر،تركسيم ساي منريما حقيقة اين.ساي سنديري مڠاكوي،لاهير سباڬاي سأورڠ ورڬنڬارا مليسيا ڤسچ مرديك ڤرلاهن-لاهن "لوڤا" كڤد واريثن بڠسا يڠ ساتو اين

ڬلومبڠ كمودنان مليسيا يڠ كونونڽ مڠيكوت اچوان سنديري،سبنرڽ تله مرانڤكن واريثن اين.بتاڤ تيدق!د زمان ڤنجاجاهن بريتيسه دهولو ڤون،"اورڠ-اورڠ ڤوتيه" تله مڠهانتر سورت-سورت راسمي كڤد سلطان-سلطان ملايو دالم بهاس ملايو دان توليسن جاوي.نامون ڬينراسي "مودن" هاري اين،همڤير-همڤير سهاج لوڤا كڤد بهاس ملايو،اڤاته لاڬي توليسن جاوي.

سيكڤ ڤارا ڤميمڤين،يڠ مراساكن بهاس ملايو "تيدق سسواي" دڬوناكن د ڤريڠكت انتارابڠسا،جوڬ فكتور يڠ تيدق داڤت د ساڠكل لاڬي،يڠ منجادي ڤڽومبڠ كڤد كڤوڤوسن جاوي دالم صنوباري بڠسا يڠ برنام:ملاي

لبيه جلق لاڬي،ترداڤت سڬلينتير ڤميمڤين ملايو يڠ ديجوكن سؤالن دالم بهاس ملايو،ميجاوب دالم بهاس اسيڠ،سأولهڽ بهاس ملايو ايت جڠڬل دان تيدق مودن.

جوسترو،ماريله كيت كمبالي ممرتبتكن توليسن جاوي دان بهاس ملايو.كالاو كمودنان كيت ڬاڤا دڠن مڠڬادايكن خزانه واريثن بڠسا اين،مك تيدك اد فاءيده والاو سديكيت ڤون كمودنان يڠ تله مڠهاڤوسكن جاتيديري كيت ايت.

Khabar-khabar Gembira yang diberitakan oleh ALLAH dalam bulan Ramadhan

1) Keberkahan yang berterusan selama sebulan penuh.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan ,bulan yang penuh berkah,diwajibkan oleh ALLAH kepada kalian puasa(di dalamnya-pent)padanya dibuka pintu-pintu langit,pintu-pintu Neraka Jahim ditutup,syaitan-syaitan dibelenggu,di dalamnya terdapat suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.Barangsiapa tidak mendapatkan kebaikannya(malam tersebut)maka dia benar-benar tidak mendapatkannya.”
(Riwayat an-Nasai dan al-Baihaqi)
Maka sewajarnya kta bersikap menyibukkan diri dengan ibadah dengan hati yang ikhlas,serta menuruti cara yang diajarkan oleh Nabi S.A.W.Tinggalkanlah perkara-perkara yang tidak bermanfaat dalam bulan ini

2) Pada bulan inilah al-Quran diturunkan.
Firman ALLAH:
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur”(Surah al-Baqarah,185)
Tadarrus al-Quran serta mentadabbur isi kandungan ayat yang dibaca merupakan salah satu ibadah yang dituntut untuk diperbanyakkan dalam bulan yang mulia ini.

3) Satu-satunya bulan yang bebas dari syaitan.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan ,bulan yang penuh berkah,diwajibkan oleh ALLAH kepada kalian puasa(di dalamnya-pent)padanya dibuka pintu-pintu langit,pintu-pintu Neraka Jahim ditutup,syaitan-syaitan dibelenggu,di dalamnya terdapat suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.Barangsiapa tidak mendapatkan kebaikannya(malam tersebut)maka dia benar-benar tidak mendapatkannya.”
(Riwayat an-Nasai dan al-Baihaqi)

Namun, persoalan yang timbul di sini bahawa sekiranya syaitan dan jin dibelenggu pada bulan Ramadan mengapa manusia masih melakukan kemungkaran pada bulan ini? Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, Imam al-Qurthubi r.h telah berkata:

"Apabila semua syaitan terbelenggu tidak bermakna langsung tidak akan berlaku kejahatan dan kemaksiatan. Ini kerana, punca berlakunya kemaksiatan mungkin berpunca daripada faktor selain (hasutan) syaitan seperti diri manusia itu yang sememangnya berperangai buruk, sentiasa melakukan perbuatan mungkar serta manusia yang nafsunya masih terdorong mengikut hasutan syaitan." - Rujuk Fath al-Baari Syarh Sahih al-Bukhari, Tahqiq oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta (1997), jil. 11, ms. 43.
(Credit to bro Akob- Keistimewaan Bulan Ramadan.)

4) Malam yang paling afdal dikurniakan dalam bulan ini.(Lailatul Qadar)

Sabda Rasul S.A.W:“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan ,bulan yang penuh berkah,diwajibkan oleh ALLAH kepada kalian puasa(di dalamnya-pent)padanya dibuka pintu-pintu langit,pintu-pintu Neraka Jahim ditutup,syaitan-syaitan dibelenggu,di dalamnya terdapat suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.Barangsiapa tidak mendapatkan kebaikannya(malam tersebut)maka dia benar-benar tidak mendapatkannya.”
(Riwayat an-Nasai dan al-Baihaqi-Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih Tarhib wa Targhib)
Dan hendaknya berebut-rebut untuk memenuhkan masjid-masjid pada bulan ini.Berikan fokus yang lebih pada malam-malam kesepuluh terakhir,terutamanya malam-malam yang witir(ganjil)

5) Orang yang berpuasa akan mendapatkan ganjaran istimewa daripada ALLAH
• Keampunan ALLAH S.W.T,
Mengenai hal ini ALLAH S.W.T telah berfirman :
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.(Surah al-Ahzab,ayat 35)

• Memasuki syurga melalui pintu yang dikhaskan,
Dari Sahl bin Sa’d radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu alayhi wasallam,Baginda bersabda:
“Di syurga ada pintu yang bernama “ar-Rayyan”.Orang-orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat.Selain mereka tidak ada seorang pun yang masuk ke sana.Apabila mereka telah masuk,pintu itu dikunci,setelah itu tidak ada yang masuk seorang pun.”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari ,Muslim dan Ibnu Khuzaimah dengan tambahan lafaz: “Apabila yang terakhir telah masuk,pintu itu dikunci dan siapa sahaja yang memasukinya,ia tidak akan merasa keahusan selamanya”)

• Puasa dihadiahkan dengan ganjaran yang tersendiri dan berbeza daripada ibadah lain:
Dari Abu Hurairah r.a ,dia berkata:Rasulullah S.A.W bersabda:
ALLAH ‘Azza Wa Jalla berfirman:”Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya kecuali puasa,sesungguhnya ia untuk-Ku dan aku akan membalasnya”.Dan puasa itu perisai,maka apabila salah seorang di antara kamu berpuasa pada hari tiu,janganlah dia berkata-kata dengan perkataan yang kotor dan jangan marah.Jika seseorang menghinanya atau memusuhinya,maka katakanlah”Sesungguhnya aku sedang berpuasa”.Demi Dzat yang jiwa Muhammad dalam tangan-Nya,bau mulut orang yang berpuasa,sungguh,lebih baik daripada wangian misik(kasturi),bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan yang dapat dia rasakan;iaitu apabila dia berbuka dan apabila ia bertemu Tuhannya,(maka) ia bergembira dengan puasanya”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

6) Solat Tarawih, Sebagai Hadiah Ekstra untuk Kaum Muslimin dari ALLAH S.W.T

Dari Abu Hurairah R.A,bahawa Nabi S.A.W bersabda: “Barang siapa mendirikan (shalat sunnah-(tarawih dan qiam)-) pada malam bulan ramadhan kerana Iman dan mengharapkan pahala dari ALLAH,maka dosa-dosanya yang telah diampuni”(Riwayat al-Bukhari)

Sungguh terlalu luas pemberian ALLAH kepada manusia di dalam bulan ini sehingga tidak mampu untuk saya hitungkan.Benarlah firman ALLAH:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.”(Surah Ibrahim,ayat 7)




Berita Baik Buat Pencinta Ilmu!!!!!!!!!

Mulai 12 Ogos 2008,satu siri muzakarah ilmiah akan diadakan merangkumi perbincangan mengenai ilmu-ilmu Islam.Berikut adalah jadual muzakarah:

Minggu Pertama:

Hari Selasa
Pengenalan Kepada Aqidah Ahl Sunnah Wal Jamaah oleh Sdr Abdullah Tahmin
bin Muhammad

Rabu
Mustalah Hadith oleh Ustaz Ahmad Fauzan bin Yahya

Khamis
Pengenalan Kepada Manhaj Ahl Sunnah Wal Jamaah oleh Sdr Abdullah Tahmin
bin Muhammad

Minggu Kedua:

Selasa
Fiqh Ibadah oleh Sdr Abdullah Tahmin bin Muhammad

Rabu

Bahasa Arab oleh Ustaz Ahmad Fauzan bin Yahya

Khamis
Fiqh Akhlak oleh Sdr Abdullah Tahmin bin Muhammad







Muzakarah akan dimulakan selepas Isya’ di rumah Saudara Mohammad Faeez(Muhammady7) di alamat:
No71,Jalan 45/10
Taman Koperasi Polis Fasa 2
68100,W.P Kuala Lumpur
Sebarang pertanyaan,sila hubungi:
Mohammad Faeez Harith(Muhammady7):013-9399085
*Penting:
-Muzakarah hanya terbuka buat muslimin sahaja buat masa ini.
-Sila maklumkan dahulu kehadiran bagi menelakkan sebarang kesulitan.
-Modul akan disediakan atas permintaan peserta dan kos penyediaan modul ditanggung oleh peserta.
-Segala sumbangan untuk menghidupkan muzakarah ini amatlah dialu-alukan.

Kuliah Sirah Nabawiyyah-Raheeq Makhtum-Siri 01(a)

Sejarah ringkas mengenai kitab Raheeq Makhtum.
Kitab ini ditulis oleh As-Syeikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri,sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh pihak Rabitah al-'Alam al-Islami di muktamar Sirah Nabawiyyah,di Pakistan pada bulan Rabi' al-Awwal tahun 1936 Hijrah.
Kitab ini telah menjuarai sayembara tersebut.

Biodata Ringkas Penulis Raheeq Makhtum

Nama Penuh penulis ialah Safiyyu al-Rahman bin Abd Allah bin Muhammad Akbar bin Muhammad Ali bin Abdul Mukmin bin Faqirullah al-Mubarakfuri Al-'Azamiy.Beliau berasal daripada keluarga Ansar yang merupakan suku terbesar dalam kalangan orang-orang Islam di India.Lahir pada bulan Jun tahun 1943di perkampungan Hussin Abbad di Mubarakfur,uttar pradesh,India.

Penulis mendapat pendidikan awalnya dengan mempelajari ulum al-Quran dengan datuknya dan bapa saudaranya.kemudian melanjutkan pula pelajaran di Dar al-Ta'lim di Mubarakfur pada tahun 1948.Pada tahun 1954 penulis berpindah ke sekolah Ihya' Al-Ulum di Mubarakfur.

Dua tahun kemudian syeikh telah bertukar sekolah ke sekolah Faid 'Am di negeri Mi'u dan memperolehi sijil yang melayakkan beliau mengeluarkan fatwa.Beliau juga telah menduduki "ujian Mawlawi" pada Februari 1959 dan "Ujian 'Aliim" pada Februari tahun berikutnya.Terakhir Syeikh tealh menduduki ujian "al-Fadhilah Fi al-Adab al-'Arabi" dan mendapat pangkat "jayyid jiddan"(amat baik)

Catatan Hari-hari Baru-Menjejak kaki ke IPT

Alhamdulillah,setelah 6 bulan berlalu akhirnya ana dapat menjejakkan kaki ke Kolec Islam Antarabangsa(IIC)Sekaligus bergelar seorang pelajar,dalam jurusan Diploma Pengajian Sains-Sains Islam Kontemporari.

Terlalu baharu dan hampir tiada apa yang ingin diceritakan,namun hanya ada sedikit cebisan Memoir yang akan diupload nanti,Insya-ALLAH.

buat para pengunjung,doakan kejayaan ana,semoga ana bisa menjadi seorang yang berguna kepasa Nusa dan Bangsa.

Salam Perjuangan.
Abu Al-Hassan

Suara Tajdid Kami

www.drmaza.com

Keghairahan Menyampaikan Berita: Antara hak dan batil

Keghairahan Menyampaikan Berita: Antara hak dan batil

Dewasa ini, segala macam perkhabaran disampaikan melaui wasilah dan wahana yang pelbagai. Dari segala urusan surat menyurat,hinggalah e-mail dan pelbagai lagi.

Namun adakah kita prihatin dengan syarat-syarat yang ALLAH S.W.T tetapkan? Perhatikan dan renungkan firman ALLAH dalam surah al-Hujurat,ayat 6 :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”

Demikian juga amaran dari Rasulullah S.A.W, mengenai orang yang berbohong ,melalui sabdanya daripada Hafsh bin 'Aashim, (sabda Nabi saw):

"Cukuplah seseorang itu dikatakan seorang pendusta, kalau dia menceritakan apa saja yang dia dengar." [Riwayat Muslim 05, al-Albani, silsilah al-Sahihah 205]

Kalau tindakan seperti dalam hadith ini sudah dianggap pembohong, maka renungilah pula ancaman Rasulullah S.A.W terhadap pembohong:

"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah baginda: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Dia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya? Barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)

Menerusi hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda:

Barangsiapa yang menipu Arab ( dan manusia lain) , mereka tidak termasuk dalam kalangan yang boleh mendpaat syafaatku, dan tidak layak mendapat belas kasihanku" (Riwayat At-Tirmidzi, no 3928, 5/724 ; Hadis ghorib)

Imam al-Munawi berkata, salah satu maksud menipu arab adalah menghalang mereka dari menyampaikan kebenaran sehingga menjadikan orang ramai jauh daripada Nabi s.a.w (Penjelasan Al-Munawi dipetik dari Tuhfatul Ahwazi, Al-Mubarakfuri, 10/296)

Mutaakhir ini,kita saksikan terdapat beberapa golongan yang “galak” menyebarkan dan menggembar-gemburkan sesuatu berita atau khabar yang tanpa disebutkan dari mana sumbernya. Maka tersebarlah segala macam sms, e-mel, surat berantai dan sebagainya yang cukup merimaskan kita. Lebih malang lagi, kebanyakan berita-berita sebegini diberi nafas “agama” dengan menyertakan ke dalamnya riwayat-riwayat palsu yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.. Maka bertitik-tolak dari sinilah berlakunya amal-amalan pelik dalam masyarakat seperti memuja kubur, menyemah tapak rumah, dan pelbagai lagi amalan khurafat lagi syirik yang boleh merosakkan akidah tanpa disedari.

Hal ini jika dibiarkan berlarutan,akan mewabak dan akan menjadi barah dalam hati dan sanubari umat Islam jika tidak ditangani dengan segera. Antara punca terjadinya perbuatan seperti ini adalah kerana :

1)Terlalu taksub dalam mendukung mana-mana mazhab atau parti.Sebagai contoh,tohmahan-tohmahan yang dilontarkan oleh ahli-ahli politik kepada lawan mereka,bagi membolehkan mereka mendapatkan kedudukan yang stabil selepas lawannya berjaya dijatuhkan dan dimalukan.

2)Untuk mendapatkan pujian dan sanjungan dari orang dan golongan yang tertentu. Mungkin disini penulis dapat contohkan mengenai seorang tokoh,iaitu Al-Imam Ibnu Taymiyyah yang difitnah dengan pelbagai tuduhan kemudian tuduhan itu diperbesarkan sehingga beliau dipenjarakan oleh pemerintah akibat hasutan orang-orang yang khianat dan dengki.Maka pihak yang menuduh tadi pula telah mendapatkan kedudukan yang istimewa di sisi pemerintah akibat fitnahnya terhadap orang yang tidak bersalah.

Justeru penulis ingin menyeru kepada seluruh umat Islam agar kita mengambil sikap berhati-hati dalam menjadi penyebar sebarang maklumat terutamanya dalam perkara bersangkutan dengan agama. Jika perkara ini terabai nescaya musnahlah ketulenan agama serta pincanglah masyarakat lantaran berita-berita palsu yang boleh menggoyahkan akidah. Mungkin pada hari ini kita galak menyebarkan berita palsu mengenai orang lain, esok lusa kita bimbang impaknya akan berbalik kepada kita.

Mengapa Perlu Sangka Buruk ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Hidup kita tidak lekang dari disangka buruk dan menyangka buruk. Jika diri terlibat, kunci menanganinya adalah beristighfar dan taubat. Nabi s.a.w bersabda :-

كُلُّ بن آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Ertinya : "Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat" (Riwayat At-Tirmidzi, no 2499, 4/659)

Sangka buruk ini sering berkait rapat dengan rasa hasad, dengki atau cemburu. Ia amat-amat sukar dibuang namun wajiblah ia dimasukkan dalam senarai utama yang perlu kita usaha hindarinya sedaya upaya. Saya sendiri tidak bebas darinya. Namun atas dasar nasihat menasihati saya tuliskan artikel ini agar kita sama-sama mampu berusaha menjauhinya agar kehidupan kita akan lebih diredhai oleh Allah.

Ia bertepatan dengan apa yang disebut di dalam sebuah hadis

ثلاث لازمات لأمتي : الطيرة ، والحسد ، وسوء الظن " . فقال رجل : ما يذهبهن يا رسول الله ! ممن هو فيه ؟ قال : " إذا حسدت فاستغفر الله ، وإذا ظننت فلا تحقق ، وإذا تطيرت فامضه

Ertinya : Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk" lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?"

Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya" ( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)

Terdapat sebuah lagi hadis yang mempunyai erti yang sama dengannya iaitu :-

ثلاثة لا يسلم منهن أحد : الطيرة ، والظن ، والحسد ، فإذا تطيرت فلا ترجع ، وإذا حسدت فلا تبغ ، وإذا ظننت فلا تحقق

Ertinya : Tiga perkara yang tidak seorang Muslim pun dapat melepaskan diri darinya; sial menyial, sangka buruk, hasad dengki; maka apabila kamu berasa ada sial, jangan kamu pulang dan mengendahkannya, bila kamu hasad, jangan melampau (hingga bertindak) , dan bila kamu bersangka jangan kamu membenarkannya" ( Musannaf Abd Razzak : Ibn Hajar : hadis mursal, Albani : Dhoif)

Al-Qaradawi menerangkan maksud jangan kamu membenarkan sangkaan buruk itu adalah dengan tidak berubahnya sikap dan pandangan kamu terhadap orang yang disangka buruk itu. Jika itu tidak dikawal, bermakna kamu sudah membenarkannya

SANGKA BURUK YANG HARUS

Tidak dinafikan ada beberapa jenis sangka buruk yang diperlukan demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar'. Mudahnya, seperti pemandu kereta dikehendaki ‘bersangka buruk' apabila melihat sebuah bas dan teksi di depan mereka akan bersangka buruk ada kemungkinan kenderaan itu berhenti mengejut kerana ingin mengambil penumpang atau menurunkan penumpang. Ia jelas sangka buruk yang tidak berdosa.

Demikian juga dalam proses majikan ingin mengambil kakitangan baru. Biasanya pihak majikan akan membuat survey rambang dengan menghubungi beberapa orang yang yang mengenali calon, bagi mendapatkan pandangan mereka berkenaan kemampuan dan lain-lain informasi berguna berkaitan calon. Saya masih ingat, saya pernah menerima Curriculum Vitae (CV) sewaktu bertugas di institusi kewangan dahulu, CV calon ini cukup menarik sekali.

Namun mengikut prosedur, sebelum pihak kami memanggil interview, saya perlu menghubungi seseorang yang diyakini mengenali si calon untuk mendapatkan komen beliau, akhirnya kami tidak jadi memanggilnya interview kerana rupanya calon tersebut mempunyai masalah mental. Kami daptkan komen beberapa orang lagi demi memastikan info yang diberi benar serta tidak berniat jahat. Namun info yang sam a diperolehi.

SANGKA BURUK YANG HARAM

Sangka buruk jenis haram dan berdosa ini biasanya didasari oleh perasaan cemburu, hasad, dengki dan berniat ingin menjatuhkan individu yang dijadikan sasarannya.

Sangka buruk jenis ini juga hakikatnya lahir dari jiwa dan minda seseorang yang kotor. Ia adalah refleski dirinya yang kerap bergelumang dengan kejahatan dan dosa. Atau dari jiwa yang tiada ikhlas dalam membuat sesuatu perkara.

Justeru, dalam mindanya kerap tergambar mustahil ada seseorang boleh berbuat atau bercakap baik kecuali mesti ada helah, agenda kepentingan diri dan muslihat di sebalik. Ia berfikiran demikian kerana demikianlah dirinya. Ia melihat orang lain sepertinya.

JENIS PERTAMA : KERANA ALIRAN POLITIK

Sangka buruk jenis pertama ini didasari oleh permusuhan politik kepartian. Sangka buruk ini juga sangat popular di masa ini terutamanya di zaman isu politik sentiasa hangat.

Memang benar, setiap orang politik kerap mempunyai agenda disebalik segala tindakannya, biasanya adalah untuk kepentingan masa depan politiknya. Namun tidak wajar dinafikan ada antara mereka yang benar-benar berniat membantu dalam sesuatu tindakannya.

Hasilnya, apabila ada saja seorang ahli politik PAS melakukan satu tindakan yang patut dipuji pada zahirnya, akan wujud sebahagian kumpulan dalam UMNO yang mentakwil apa yang tersirat dan tujuan sebenar dari setiap tindakan baik yang dibuat, sehinggalah ia AKAN dilihat jahat dan tidak layak mendapat pujian, penghargaan dan terima kasih.

Demikian juga sebaliknya, apa sahaja tindakan politik yang baik dibuat oleh pemimpin UMNO, akan sentiasa dilihat jahat oleh sebahagian pihak pembangkang. Saya tidak kata semua, namun saya kata ada sebahagian mereka.

Sebagai contoh apabila kerajaan Pak Lah mengumumkan pembayaran Ex-Gratia kepada bekas-bekas hakim yang terlibat dalam kes 20 tahun lepas, maka ada yang tetap tidak mahu menghargai tindakan itu lantas berkata :-

"Mengapa baru sekarang? Nampak sangat ia dibuat dengan agenda tertentu"

Individu dalam kategori ini biasanya akan merasakan diri mereka bijak, sukar diperdaya serta mampu melihat dari dimensi yang luar biasa (kononnya).

Namun jika ada pimpinan mereka atau rakan mereka yang melakukan kesilapan yang terang-terang tersalah dan tidak boleh ditakwil lagi, mereka akan bersangka baik pula demi membela segala tindakan tersebut atas dasar maslahat katanya. Bagus, ia memang satu sifat yang baik, tetapi boleh menjadi buruk jika tidak betul cara kendaliannya.

Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia seolah-olah menjadikan sangka buruk sebagai satu keperluan politik. Tatkala itu, dosa menjadi mainan diri. Sangka baik pula adakalanya digunakan bukan pada tempat yang sepatutnya sehingga menjadikan diri taksub kepada team mereka.

JENIS KEDUA : KERANA ALIRAN PEMIKIRAN DAN ANUTAN

Kali ini ia didasari oleh aliran pemikiran pula. Manusia tidak boleh lari dari perbezaan aliran pemikiran. Tidak perlulah dikesali hal ini kerana ia satu hal yang normal. Namun yang dikesali adalah permusuhan dahsyat antara satu kumpulan dengan yang lain.

Sebagai contohnya aliran Salafi, Wahabi, Khalafi, Pondok, Sufi, Syiah Malaysia, Hizb Tahrir, Ahbash, Liberal, Hadari dan lain-lain. Masing-masing kelihatan suka kalau pihak yang lain dibenci sehabis mungkin, malah mungkin wujud mereka yang akan sujud syukur jika pimpinan kumpulan sebelah sana meninggal dunia.

Tatkala itu sangka buruk sentiasa menjadi idaman dan ruh perjuangan masing-masing. Jika ada sahaja tindakan yang baik dilakukan oleh pimpinan atau ahli aliran yang bertentangan dengan mereka. Akan ditakwilkan sejahatnya.

Sebagai contoh yang saya kira paling nyata adalah apa yang berlaku kepada S.S Mufti Perlis. Akhir-akhirnya ini S.S Mufti Perlis semakin berterus terang mengkritik beberapa dasar kerajaan yang kurang tepat sebagai contohnya ISA. Akhirnya, pelbagai sangka buruk timbul antaranya,

  • Kononnya ia bersifat demikian hanya selepas pilihnraya 8 Mac, iaitu setelah dilihat kerajaan lemah dan pakatan rakyat kuat, lalu barulah dia bersuara untuk ‘membodek' kerajaan pakatan rakyat untuk melantiknya pula.
  • Kononnya beliau berani kerana ingin memenangi hati pemimpin pakatan rakyat kerana tempoh sebagai mufti di Perlis sudah di penghujung.
  • "Mengapa sekarang baru nak kritik, mengapa tidak dari dulu lagi, nampak sangat ada udang di sebalik batu.?!!" Tempelak mereka.

Dan macam-macam lagi.

Saya kerap dengar komen "mengapa baru sekarang!!?" sebagai hujjah untuk membidas segala kebaikan orang lain. Wajarkah komen sebegini?

Saya dan rakan-rakan pembaca juga tentu ada penglaman masing-masing dalam hal ini.

Bila saya sebut masalah hukum di dalam ASB, Overridding Commission dalam MLM, Pelaburan haram cepat kaya.. muncul orang marah lalu berkata

"Mengapa baru sekarang ustaz sibuk-sibuk, mengapa tak beritahu awal-awal dulu, ni kami dah join lama dan untung ribu-ribu baru nak sibuk kata haram, jangan dengki la ustaz. Mesti sebab ustaz ni ada join skim lain dan sekarang dah rugi kot" Katanya.

Saya menjadi pelik pula. Apa yang perlu dipertikaikan dengan sekarang atau dulu, bukankah kekuatan, hidayah, ilmu dan kemampuan itu baru tiba kini dan bukan dahulu. Justeru apa yang perlu dipertikaikan.?

Bersyukur sahajalah jika ia membawa kebaikan. Sama juga dengan keadaan kesihatan, dulu sihat, sekarang sakit, dulu kanak-kanak sekarang dewasa dan lain-lain. Jadi apakah wajar kita beteriak memarahi virus yang menghinggapi kita lalu berkata

"hei virus, mengapa sekarang mahu kacau, mengapa tidak dulu!!. Lucu juga memikirkannya.

Jawapan mengapa sekarang itu mudah saja, mungkin dahulu belum cukup kajian dan ilmu, sekarang sudah..kerana itu baru bersuara sekarang.

Mungkin dahulu ada gangguan, sekarang sudah berjaya diketepikan lalu kerana itu baru bersuara sekarang.

Dulu, mungkin belum terperasan kesilapan itu, sekarang baru sedar, kerana itu baru tegur.

Justeru, mengapa masih ada juga ingin sangka buruk dalam hal seperti ini?.

JENIS KETIGA : PERTIKAI KEBAIKAN & KEIKHLASAN ORANG LAIN

Jenis yang ketiga adalah hasil dari kesemua jenis di atas. Akibat sudah mendarah dagingnya perangai dan tabiat itu menyebabkan kehidupan seharian akan dipenuhi dengan sangka buruk dosa ini.

Saya masih ingat di waktu heboh isu pelaburan internet skim cepat kaya dahulu (Ketika itu, Majlis Fatwa Kebangsaan masih belum memfatwakan haramnya skim ini). Ada individu menghantar link satu forum kepada saya, forum itu membicarakan artikel saya yang menyebut hukum skim haram.

Tiba-tiba mucul seorang former yang berkata :"puas aku fikir dan cari di web zaharuddin ini, apakah niat sebenar si zaharuddin ini sibuk-sibuk menulis isu ini dan menyusahkan kitorang, apa yang dia hendak sebenarnya?"

"akhirnya aku jumpa, rupanya dia nak jual vcd dia!!, hem tak respeklah aku ust nak jual barang dia ni"

Begitulah lebih kurang ayatnya, demikian dahsyatnya manusia di zaman ini. Otak dan mindanya sentiasa memikirkan kejahatan dan muslihat di sebalik segala jenis kebaikan, baginya mustahil ada orang sanggup bersusah payah tanpa ganjaran dan agenda DUNIA.

Ini bolehlah saya kelaskan sebagai kumpulan orang sangka buruk jenis ketiga yang wujud di dalam masyarakat kita.

Sebagai contoh lain.

Ada yang menghantar sms, email atau melalui system sms 33221 bertanya sambil bersangka buruk berkenaan orang di sekitarnya:-

a- "Ustaz ada dengar tak slot Dr Zainol Hadja pengasas ayam organik di radio ikim. Cara cakapnya macam dia sorang yang halal, dan semua yang tanda halal JAKIM tidak boleh pakai. Apa pandangan ustaz tentang dakwaan Dr Zainol dan perjuangannya memartabatkan makanan yang betul-betul halal kononnya tu?.. boleh caya ke. Nampak macam nak perkayakan diri sendiri jer"

b- "PPIM ni sebenarnya ustaz bukan nak perjuang isu kepenggunaan Islam, mereka nak jual nama persatuan mereka, lepas ni senang nak dapat budjet"

c- "Ustaz ni dah buat tebiat apa? Dalam banyak-banyak urusan umat yang begitu kritikal, sempat pula dia menulis buku cinta(n)!", simpul seorang pemerhati jarak jauh. (petikan dari web saifulislam.com)

d- "eleh ustaz-ustaz TV ni, hanya layak mendapat gelaran ‘pelawak' dari penceramah, asyik buat lawak aja. Depa ni sebenarnya sedang jual agamanya untuk popular di televisyen"

e- "Saya benci dengan ustaz yang tak jelas parti apa ni, bagi saya mereka ni munafiq dan hanya pentingkan perut mereka saja, kerana itu tidak berani berterus terang"

f- "Kecewa dengan ustaz. Mengapa ustaz tak aktif lagi dalam perjuangan jemaah Islam, ustaz dah futur dan tergelincir dari perjuangan dakwah ke?" Tanya seorang bersangka buruk kepada saya melalui ruang komentar.

g- Seorang isteri dinasihatkan oleh seorang penulis artikel bahawa : "jika suami anda tiba-tiba baik, spoting, romantik, ketahuilah sebenarnya ia ada benda jahat yang sedang disorokkan"

Banyak lagi contoh-contoh yang tidak larat saya kumpulkan, ia cuma beberapa contoh betapa budaya sangka buruk berbaur dengki dan hasad begitu meriah dalam masyarakat kita hari ini. Tidak bolehkah kita bersangka baik terlebih dahulu. Semua punyai peranannya, samada seseorang itu ikhlas atau tidak, itu bukan urusan kita untuk bersangka buruuk mereka tidak ikhlas atau punyai agenda lain.

Ada tersirat ke?

Malah jika mereka memang punyai agenda tetapi agenda yang halal, apa salahnya. Selagi mana zahir tindakan semua mereka tadi adalah baik dan menghasilkan kesan yang baik kepada masyarakat umum. Kita wajar bersangka baik dan menyokongnya tanpa perlu menghentam sambil menambah dosa dan menyubur kebencian di hati.

Allah swt mengingatkan :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, ayat 12]

Imam Fakhruddin Ar-Razi menghuraikan :

الظن ينبغي بعد اجتهاد تام ووثوق بالغ

Ertinya : "Sangkaan ini mestilah disokong oleh ijtihad ( usaha bersungguh memastikan kebenarannya, dan penyelidikan yang dalam" ( Tafsir Ar-Razi, 28/115 )

Justeru, dalam hal mencari keikhlasan seseorang dalam sesuatu teguran dan usaha baikknya, Islam tidak menyuruh kita menyelidik hati seseorang. Hanya hal berkaitan zahir seperti jenayah, kesalahan fizikal dan yang sepertinya sahaja memerlukan penyelidikan yang disebutkan oleh imam Ar-Razi tadi.

Namun begitu, kepada para pendakwah, teruskan usaha anda dengan cara anda yang tersendiri.

Jangan dipedulikan hasad dan sangka buruk manusia lain yang berhati busuk. Malah Nabi s.a.w sendiri juga pernah terkena sangka buruk seorang lelaki sebagaimana dicatatkan dalam hadis sohih berikut :-

قال فَقَامَ رَجُلٌ غَائِرُ الْعَيْنَيْنِ مُشْرِفُ الْوَجْنَتَيْنِ نَاشِزُ الْجَبْهَةِ كَثُّ اللِّحْيَةِ مَحْلُوقُ الرَّأْسِ مُشَمَّرُ الْإِزَارِ فقال يا رَسُولَ اللَّهِ اتَّقِ اللَّهَ قال وَيْلَكَ أو لست أَحَقَّ أَهْلِ الأرض أَنْ يَتَّقِيَ اللَّهَ قال ثُمَّ وَلَّى الرَّجُلُ قال خَالِدُ بن الْوَلِيدِ يا رَسُولَ اللَّهِ ألا أَضْرِبُ عُنُقَهُ قال لَا لَعَلَّهُ أَنْ يَكُونَ يُصَلِّي فقال خَالِدٌ وَكَمْ من مُصَلٍّ يقول بِلِسَانِهِ ما ليس في قَلْبِهِ قال رسول اللَّهِ إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ

Ertinya : Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata :

"Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah" ( Sebagai tanda tidak puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi),

Baginda menjawab : "Bukankah aku sepatutnya ( sebagai Rasulullah ) orang yang paling takut kepada Allah."

Lelaki itu terus beredar dan Khalid Ibn Walid berkata

"Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad) :

Baginda menjawab : "Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat".

Khalid berkata : "Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya berkata seusatu yangtidak sama dengan apa yang di dalam hatinya (merujuk kepada orang munafiq)"

Baginda membalas :-

إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ

Ertinya : "Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )

Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar mentafsirkan kata-kata baginda ini sebagai :-

إنما أمرت أن آخذ بظواهر أمورهم والله يتولى السرائر

Ertinya : Aku hanya diperintahkan untuk mengambil kira luaran urusan mereka sahaja manakala niat dan apa yang terselindung adalah urusannya dengan Allah) (Syarah Sohih Muslim, 7/163; Fath Al-Bari, 8/69 )

KESIMPULANNYA

Akhirnya, jauhilah sangka buruk yang sebahagiannya membawa dosa. Dahulukan sangka baik di kalangan umat Islam selaras dengan arahan Allah.

لَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ

Ertinya : Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ""Ini adalah suatu berita bohong yang nyata. ( An-Nur : 12 )

Banyakkanlah bersangka baik. Sebenarnya masih ada ramai orang baik yang berbuat baik hanya kerana agenda akhirat semata-mata. Janganlah dirasakan dunia ini sudah tiada yang ikhlas kerana Allah. Mulakan dengan diri sendiri lalu anda akan mampu mencari orang sepertinya.

Namun, apa yang menyedihkan mereka yang kerap bersangka buruk kepada kebaikkan ini suka pula bersangka baik kepada penganjur skim-skim cepat kaya yang tumbuh dengan pelbagai nama dan lesen hari ini. Sepatutnya anda perlu bersangka buruk lebih sedikit dengan skim-skim sebegini. Ia dinamakan berhati-hati yang sebenar.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Dipetik dari: http://www.zaharuddin.net/

SYIAH MENGGANAS DI MALAYSIA!!!!

Pertamanya,maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog ini.
Straight to the point:
Pada 12 Mei yang lalu sebuah seminar dianjurkan atas nama PAS,iaitulah :
SEMINAR ISU ANTARABANGSA BANTAHAN PENDUDUKAN 60 TAHUN ISRAEL DI BUMI PALESTIN

Hakikatnya:

IA ADALAH SEBUAH SEMINAR SYIAH!!!!

Penjelasannya:


ImageWeb2 IQ, 18 Mei (zain-ys) - Pada 12 Mei yang lalu khabarnya, satu majlis seminar di hotel Ansar sempena membantah 60 tahun penjajahan Israel ke atas bumi Palestine telah diadakan.

Namun, agak musykil kerana majlis itu juga adalah bersempena hari kelahiran Zainab al-Kubro.

Merayakan kelahiran Zainab bukan budaya umat Islam di Malaysia. Ini bermakna, jika ada orang yang merayakannya juga, pasti ada yang tak kena dengan orang berkenaan.

Zainab adalah salah seorang ahlil bait. Golongan yang memuja secara berlebihan terhadap ahlil bait adalah Syiah. Golongan Ahlus Sunnah juga amat menyintai Ahlil bait tetapi tidak bersikap melampau.

Apakah penganjur seminar berkenaan adalah kelompok Syiah?

Dugaan ini dikuatkan lagi dengan barisan panelnya yang antaranya:

Image1. Zaini Zainal Abidin. Beliau sering menelefon rtm dunia dan melontarkan idea-idea berbau Syiah. Pernah sekali dua dia diundang untuk rancangan berkenaan sebagai tetamu.

2. Hasan Askari. Dari namanya sahaja sudah dapat dicam bahawa beliau adalah seorang Syiah. Beliau adalah bekas pelajar Qom, Tehran

3. Mohd Nor Daud, Ketua Urusan Ulama MTD PAS Kota Lama

Bila meneliti isikandungan seminar berkenaan, memang jelas bahawa seminar berkenaan adalah seminar Syiah Imamiyah. Hal ini tidak dapat ditutup lagi sekalipun pada penghujung seminar pengerusi majlis berkali-kali menekankan bahawa mereka adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Menurut sumber yang hadir di seminar berkenaan; “..manakan mungkin mereka adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Mereka menuduh yang bukan-bukan terhadap para ulama Ahlus Sunnah. Mereka juga mentohmah para sahabat Rasulillah s.a.w. Terutamanya Abu Hurairah r.a.

Mana mungkin Ahlus Sunnah mentohmah para sahabat!” Sambung sumber ini lagi.

Menurut seorang lagi yang hadir; “..mereka juga cuba menipu para hadirin dengan menyelewengkan beberapa fakta.

Contohnya mereka mengatakan bahawa Hadith Bahtera terdapat di dalam Sahih Muslim dan Sunan Sittah. Sedangkan hakikatnya hadith berkenaan tidak pernah wujudpun di dalam kitab-kitab berkenaan.

Golongan Syiah memang terkenal dan masyhur sebagai golongan yang gemar memalsukan fakta.

Apa yang menyedihkan ialah seminar berkenaan dianjurkan oleh PAS. Lihat sendiri logo PAS tertera megah pada poster (lihat gambar).

Pihak PAS perlu menyiasat tentang hal ini agar ia tidak terus merebak dan menjadi parah. Jika hal ini tidak diselesaikan segera, adalah dipercayai ia akan menjadi fitnah terhadap PAS. Juga mengiyakan tuduhan sebahagian masyarakat bahawa PAS sudah dipengaruhi oleh Syiah Imamiyah yang sesat itu. (zain-ys 4 web2 IQ)

Image





Seminar ini juga turut dibantah oleh Al-Fadhil Ustaz Nasruddin Tantawi dalam blognya:

Percubaan Untuk Sabotaj PAS


Saya mendapat maklumat bahawa majlis anjuran UPU Sekolah Taman Sekebun Bunga yang kononnya untuk membantah pendudukan 60 tahun Israel di Palestine telah dijadikan medan untuk propaganda syiah .


Kalau saya melihat kepada panel yang diundang iaitu Hasan Askari dan Zaini Zainal Abidin sudah cukup memperlihatkan apakah wajah sebenar program tersebut .


Dengan ini Dewan Pemuda PAS Pusat membantah program tersebut dan sangat kesal di atas sikap tidak bertanggungjawab menggunakan pentas PAS untuk tujuan jahat tersebut dengan membawa masuk pengaruh dan idea syiah ke dalam PAS sedang PAS adalah perjuangan yang berasaskan Ahlis sunnah wal Jamaah.


Saya mengharapkan agar pimpinan PAS khasnya sahabat - sahabat pemuda dapat mengambil tindakan sebenar . Saudara Yb. Zaki , Ustaz Nik Abduh , Ustaz Ahmad Baihaqi dan saudara Zuraidin mungkin boleh beri perhatian dengan menyiasat betul duduknya kes atau isu ini kemudian dapat bertindak agar pengaruh syiah tidak dibawa masuk ke dalam PAS melalui mana - mana jua pintu .

dari blog:http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com


Juga dibantah oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Rashid bin Idris,Presiden Institut Ibn Qayyim di Pulau Pinang:

Bantahan terhadap kedurjanaan Syiah

Pihak Institut Al-Qayyim (IQ), Pulau Pinang dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya kedurjanaan golongan Syiah Malaysia yang telah menjadikan pentas SEMINAR ISU ANTARABANGSA BANTAHAN PENDUDUKAN 60 TAHUN ISRAEL DI BUMI PALESTIN yang telah dilangsungkan pada 12 Mei 2008 bertempat di Dewan Hijrah HOTEL ANSAR, Kota Bharu sebagai medan menghina sahabah Rasulullah SAW dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.



Majlis tersebut secara terang-terangan telah mempromosi aqidah Syiah yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah.

2. Pihak IQ sangat kesal di atas ketidak pekaan pihak penganjur iaitu UPU Sekolah Taman Sekebun Bunga berhubung sensitiviti umat Islam Ahlus Sunnah wal Jamaah yang merupakan majoriti di Malaysia bahkan di seluruh dunia. IQ juga kesal kerana pihak terbabit sanggup memperalatkan pentas PAS untuk memberi ruang dan tempat kepada golongan Syiah Malaysia. Tindakan ini hanya mengundang imej buruk terhadap PAS.


3. Pihak IQ menyeru malah merayu kepada pimpinan PAS Pusat dan kerajaan Kelantan agar dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung pengaruh Syiah yang menular di celah-celah saf perjuangan. Dicadangkan agar suatu langkah serius mendedahkan hakikat penyelewengan ajaran Syiah dapat dilaksanakan hingga ke peringkat akar umbi.


4. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada pihak tuan untuk menegakkan Islam dengan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah sepertimana yang difahami oleh as-salaf as-soleh.


“Sebaik-baik umat Rasulullah SAW ialah para sahabah baginda”


Yang benar,

(Abd. Rasyid Bin Idris)

Presiden IQ,

Pulau Pinang.

Sumber:www.al-ahkam.net/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=87674

Berikut ialah sebahagian rakaman seminar tersebut yang memang jelas menampilkan kebiadaban ZAINI ZAINAL ABIDIN yang mencela dan mencerca para sahabat radhiyallahu anhum,dengan alsan 'berlapang dada'.





Agamawan yang meng ‘sekular’ kan agama

Agamawan yang meng ‘sekular’ kan agama

Seringkali apabila kita berbicara tentang sekularisme,kita akan menyebut tentang betapa bangsatnya Mustafa Kemal Attarturk yang mencanangkan konsep sekularisme sebaik sahaja Sultan Abdul Hamid, Khalifah Islam yang terakhir.Namun begitu,bukan Turki sahaja yang sekular,bahkan di negara kita sendiri pun,bahkan sikap sestengah agamawan(baca:Ustaz,Da’ie,Ustazah) yang mensekularkan kita.

Tak percaya?baiklah saya berikan situasi yang pertama:

“Imam,boleh tak kalau kita gantikan kuliah agama ni dengan kuliah kesihatan sekali-sekala,biar ada kelainan sikit”,cadang seorang makmum kepada imam masjid X.”Eh,hang gila ka cakap menda dunia dalam masjid?”,balas sang imam,terkaku para jemaah…

Siapa yang sekular,Imam atau makmum?.

Situasi2:

“eh,apahal ngan mamat tu,sibuk-sibuk je bagi tazkirah,bagi kuliah, dia bukan ustaz pun,kerja kat Telekom je,”Rungut seorang ustaz di surau Y pula.

Ya,inilah situasi yang lazim berlaku di Malaysia.Kita sebenarnya terkadang lebih sekular daripada Turki.Walhal apa salahnya kita mengintegrasikan perkara-perkara ‘dunia’ dalam agama?ALLAH ‘Azza wa Jalla telah mengajarkan kita sedemikian.Tak percaya?Lihat ni:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Allah menyuruh kita ISLAM keseluruhannya,bukan sebahagiannya.Maka siapakah kita nak mengasingkan urusan agama dan urusan dunia?Apakah urusan dunia kita,kita bebas semau kita tanpa perlu akan peraturan dari yang Maha Esa?

Jadi,

Kita mestilah ISLAM dalam urusan kehidupan kita

Kita mestilah ISLAM dalam urusan rumahtangga kita

Kita mestilah ISLAM dalam urusan jual-beli kita

Dan ISLAM dalam seluruh perkara.Jangan hanya melihat agama dari perpekstif yang sempit,akibatnya agama akan jadi milikan eksklusif sesetengah pihak sahaja.Maka:

ISLAM hanya milik Ustaz

ISLAM hanya milik Kiyai

ISLAM hanya milik Ustazah

ISLAM Hanya Milik Da’i

ISLAM bukan untuk selain yang di atas……

Akhirnya penghujung agama kita akan jadi saling tak tumpah seperti agama-agama samawi lain,hanya dimonopoli oleh para Rahib-Rahib,Pendeta-Pendeta dana Rabbi-Rabbi,justeru di mana kesudahannya?Fikir-fikirkan dan selamat bertindak!!!!

Ibu....engkaulah ratu hatiku


Gambar(Ibuku)

Ya,setiap Ahad,minggu kedua dalam bulan Mei,seluruh dunia akan menyambut Hari Ibu.Walaupun ada yang berkhilaf,sama ada sambutan ini bersifat keagamaan atau tidak namun saya merasakan tidak mengapa,dan (slogan lazim orang melayu)"Benda baik,apa salahnya".

Ibu....ibu....engkaulah ratu hatiku....
Begitulah lirik lagu iklan susu 'Nespray' yang sering saya dengar sekitar tahun 1995 dahulu.Liriknya memang simple,namun maksudnya sungguh dalam dan begitu beerti buat seorang manusia yang berhati perut.Masakan tidak,betapa besarnya jasa seorang ibu,bersabung nyawa,menanggung kelelahan membesarkan anak-anaknya,adakah pengorbanan yang lebih besar daripada itu?Renungkan secebis mutiara al-Qur'an di bawah ini:

وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيمً وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرً
ا
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Lagi,
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ وَإِن جَاهَدَاكَ عَلى أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan


Wah,bagai terkena lastik dibatang hidungku,adakah aku benar-benar beriman dengan kedua ayat ALLAH ini?Sebagai seorang anak,daku tidak dapat menunjukkan rasa kasihku,pada ibuku dengan baik.Kecelakaanlah ke atas diriku,jika sampai ibuku tidak redha kepadaku.

Aduhai....marilah muhasabah diri,apakah kita benar-benar seorang anak,atau sekadar seorang yang 'benak'?Buat yang sudah bekeja,terbelakah nasib ibumu di Kampung?Buat yang masih studi,dapatkah kau penuhi hajatnya?Apakah dapat kau senangkan hatinya?Mudah-mudahan,kita akan dapat membahagiakan ibu-ibu kita,di dunia dan di akhirat kelak.Ameen,ya Rabbal 'Alamin


Selamat Hari Ibu !!!!!!!!

p/s:hari-hari pun hari ibu,sayangi ibu hari-hari!!!!!

Sambungan Kuliyyah Tafsir dan Akidah

Kuliyyah Akidah dan Tafsir
oleh As-Syeikh Dr Abdullah Yassin
Juzuk2,Surah Al-Baqarah,166-167


Ayat 166

إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُواْ مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ وَرَأَوُاْ الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الأَسْبَاب
ُ

Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka

Maksud ayat : Pada hari akhirat nanti orang-0rang yang menyembah tandingan selain ALLAH iaitu kerana terlalu patuh dan sangat mengharap pertolongan kepada sesama makhluk akan merasa sangat rugi dan menyesal kerana makhluk atau tandingan tersebut yang selama ini mereka sembah atau patuhi atau harapkan boleh membantu ketika susah ternyata akan berlepas diri daripadanya dan tidak bersedia menolongnya.

Ketika itulah mereka baru menyedari bahawa tandingan-tandingan yang mereka ambil ketika di dunia dulu adalah pembohong dan penipu besar dan sangat lemah serta memiliki kekuatan sedikitpun



Ayat 167

وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّؤُواْ مِنَّا كَذَلِكَ يُرِيهِمُ اللّهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ وَمَا هُم بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ


Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari Neraka.

Maksudnya:"Sekiranya kami boleh kembali lagi ke dunia pasti kami akan mengikuti jalan yang benar dan tawhid yang murni tanpa mencampur adukkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pedoman hidup kami.Kemudian kami akan berhimpun di Padang Mahsyar untuk diadili.Pada ketika itu kami akan berlepas diri daripada orang-orang yang sesat sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami.Dengan itu,kami akan berbahagia dengan amalan kami dan mereka pula akan menderita akibat amalan mereka."

Selain memperlihatkan azab,ALLAH juga akan memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka supaya menjadi sesalan bagi mereka.Maksudnya:Supaya mereka menyedari bahawa sikap mereka sanggup mempertuhankanmakhluk ketika di dunia dulu hanya membawa keburukan sahaja

Adapun maksud:"Dan mereka tidak akan keluar dari api neraka",sama ada kembali ke dunia untuk memperbaiki akidah dan mempertingkatkan amal saleh,kerana masanya sudah luput:ataupun untuk masuk ke dalam syurga kerana pada mereka terdapat faktor penghalang untuk memasukinya iaitu syirik kepada ALLAH

Sambungan Kuliyyah Akidah dan Tafsir

Kuliyyah Akidah Dan Tafsir
oleh : As-Syeikh Dr Abdullah Yasin

Juzuk 2,Surah al-Baqarah,ayat 165

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah;

Dalam ayat ini pula ALLAH S.W.T menyatakan tentang keadaan orang-orang yang enggan menggunakan akal fikiran mereka untuk memikirkan kebesaran ALLAH dan Ke-Esaan-Nya.Oleh sebab itulah mereka mengambil selain ALLAH sebagai tandingan-tandingan.Yang dimaksudkan dengan "tandingan-tandingan selain ALLAH" dalam ayat diatas ialah mereka menjadikan makhluk,sama ada malaikat atau nabi atau orang saleh atau mana-mana pemimpin,setanding atau setaraf dengan ALLAH dalam urusan ibadah,cinta,ta'zim dan kepatuhan.Walaupun mereka tetap tidak menyamakan ALLAH dengan tandingan-tandingan tersebut dalam hal penciptaan,rezeki dan pengurusan alam ini.(Rujuk Tafsir Al-Maraghi,Syeikh Ahmad Mustafa Al-Maraghi,jilid 1,mukasurat196)


Jadi golongan tersebut mencintai tandingan itu sama dengan mereka mencintai ALLAH,begitu juga dalam hal mentaati,mematuhi,merasa takut,memohon kebaikan dan perlindungan.Mereka juga memberikankuasa penentuan hukum halal dan haram kepada tandingan tersebut dan lain-lain lagi.



وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبًّا لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً وَأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ


Sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

Maksudnya,Orang-orang zalim tersebut iaitu mereka yang telah mengambil tandingan-tandingan selain ALLAH,jika seandainya mereka telah melihat azab ALLAH di Akhirat nanti nescaya mereka akan sedar bahawa tandingan-tandingan yang mereka ambil ketika di muka bumi dulu sama sekali tidak dapat menolong mereka terlepas daripada siksaan ALLAH.Segala kekuatan hanya milik ALLAH dan Dia-lah yang menetukan segala-galanya.Ketika itu baru merke yakin bahwa sebenarnya yang mengatur alam akhirat itu,itulah juga kekuatan yang mengatur alam dunia dulu.

Sambungan Kuliyyah Tafsir dan Akidah

Kuliah Tafsir dan Akidah oleh As-Syeikh Dr Abdullah Yasin

Surah Al-Baqarah,ayat 164
.إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ َ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran

Pada ayat ini pula ALLAH S.W.T menyebut beberapa tanda yang terdapat di alam nyata ini sebagai bukti ke-Esaan dan Kasih Sayang-Nya untuk menguatkan lagi kebenaran yang terkandung dalam ayat sebelumnya.Di antara tanda-tanda tersebut ialah:
  1. Penciptaan langit dan bumi.
  2. Pergantian sinag dan malam silih berganti
  3. Bahtera yang berlayar di lautan
  4. Penurunan hujan darilangit
  5. Penghidupan semula tanah yang mati dgn air hujan
  6. Penyebaran segala jenis haiwan di bumi
  7. Pengisaran angin dan awan antara langit dan bumi
Di dalam semua kejadian tersebut mengandungi banyak pengajaran bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.Dengan memikirkanny mereka akan mendapati rahsia dan hikmah disebalik setiap peristiwa tersebut dan selanjutnya akan mampu membezakan yang mana mendatangkan manfaat atau sebaliknya mudharat.Dan yang paling penting ialah dengan memikirkan kejadian-kejadian tersebut maka akan timbul pengakuan betapa Kebesaran dan Kekuasaan Yang Mencipta semua itu.Oleh itu sangat tepatlah kalau hanya Dia sahajalah yang layak untuk disembah oleh makhluk,bukan yang selain Dia.Sungguh celaka orang-orang yang enggan memikirkan dan mengambil pengajaran daripada kejadian alam ini.

Sabda Rasulullah S.A.W :Sungguh CELAKA orang yang membaca ayat ini lalu dia tidak mengambil pengajaran daripadanya.(rujuk Tafsir Maraghi,jilid 1 mukasurat 37)

Sebahagian ulama berkata: "ALLAH memiliki dua kitab; Kitab Pertama adalah Kitab Makhluk iaitu alam maya ini dan Kitab Kedua pula Kitab Munazzal(kitab yang diturunkan) iaitu Al-Quran.Kitab kedua berperanan membimbing kita mencapai ilmu tentang Kitab Pertama(alam maya) dengan menggunakan akal fikiran.Siapa yang mahu mengambil pelajaran daripada kedua-duanya maka ia akan berjaya dan siapa yang berpaling daripada kedua-duanya maka ia akan rugiu di dunia dan di akhirat."(Rujuk Tafsir Maraghi.Jilid 1 ,Mukasurat37)

Awak setuju tak?

Assalamu`alaikum warohmatulloh.. Mari kita bermuhasabah diri.. _______________________________________________

AWAK SETUJU TAK DENGAN 14 SOALAN INI?Awak setuju tak? Bahawa awak tak boleh lari daripada bertujuan hidup di dunia sementara ni adalah untuk mendapat redha Tuhan yang menjadikan awak, iaitu Alloh SWT. Dengan redhaNya, Dia akan mengasihi awak, bila Dia mengasihi awak, insyaAlloh di hayat kekal abadi nanti, Dia akan limpahkan kasih sayangNya kepada awak di syurga.

  1. Awak setuju tak? Bahawa untuk mendapat redha Alloh SWT, awak mestilah redha bahawa Alloh adalah Tuhan seluruh alam ini, awak mestilah redha bahawa Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak dan awak mestilah redha bahawa Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Alloh untuk memperkenalkan Alloh dan Islam kepada awak dan lainnya. Redha, bukanlah semata-mata mengakui, tetapi juga adalah yakin tanpa sangsi dan was-was akan ketiga-tiga perkara ini.
  2. Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Alloh adalah Tuhan awak, awak mestilah mentaatiNya, patuh kepada suruhanNya, tunduk kepada laranganNya, memupuk perasaan cinta kepadaNya serta berkeinginan untuk mendapat kasih sayangNya.
  3. Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak, awak mestilah mengamalkan cara hidup yang ditunjukkan dalam Islam bukan hanya mengikut orang, bukan hanya mengamalkan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, tetapi berusaha mengamalkan seluruhnya dengan perasaan penuh rela dan ikhlas mengamalkannya.
  4. Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Alloh bagi memperkenalkan Alloh dan Islam kepada awak dan lainnya, awak mestilah menjadikan Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام sebagai ikutan untuk awak dalam setiap amalan seharian kehidupan awak.
  5. Awak setuju tak? Bahawa untuk menuju kepada tujuan meredhai ketiga-tiga keredhaan ini, awak mestilah mempunyai ilmu, yang sebenarnya awak tak dapat kesemuanya dalam waktu awak belajar di sekolah sahaja, tetapi mestilah diteruskan usaha mendapatkan ilmunya sepanjang hayat awak. Dan ilmu itu tidaklah boleh lari daripada panduan utama, iaitu Al-Quran dan hadith yang shohih datangnya daripada Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام serta panduan daripada para ulama yang berpegang kepada dua panduan utama ini.
  6. Awak setuju tak? Bahawa awak sekarang ini masih belum berada dalam tujuan utama hidup di dunia, iaitu untuk mendapat redha Alloh SWT. Banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu tetapi awak terus melakukannya.
  7. Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah, kembali kepada tujuan utama itu, meninggalkan banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu.
  8. Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah cepat, bukan menunggu nanti bila dah tua, kerana awak tak dapat kepastian bahawa hidup awak akan berpanjangan hingga tua, sedangkan banyak sebab yang membolehkan nikmat usia awak ditarik balik pada usia awak sekarang ini.
  9. Awak setuju tak? Bahawa untuk berubah itu, bukanlah perkara mudah tanpa bimbingan yang kuat kepada diri awak yang lemah yang mudah saja melayani banyak perkara yang melekakan awak daripada tujuan hidup awak.
  10. Awak setuju tak? Bahawa untuk mendirikan rumahtangga, amat penting untuk awak mempunyai pasangan yang cenderung untuk memberikan bimbingan yang kuat kepada diri awak, dan awak juga perlu cenderung bekerjasama dengannya saling sokong-menyokong, ingat-mengingati agar sentiasa membawa keluarga kepada tujuan hidup di dunia ini.
  11. Awak setuju tak? Bahawa apabila awak banyak menjawab “setuju” dengan soalan-soalan ini, kaki awak sebenarnya telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak di dunia ini.
  12. Awak setuju tak? Bahawa apabila kaki awak telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak ini, sepatutnya awak tidak mengangkatnya kembali meninggalkan landasan ini, tetapi sebaliknya mengangkat sebelah lagi kaki awak, untuk terus melangkah menyelusuri landasan ini.
  13. Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah melangkah menyelusuri landasan ini, awak perlu terus berada di atas landasan ini, jangan berundur meninggalkan landasan ini.
  14. Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah tetap berada di atas landasan ini, awak tak sepatutnya berseorangan menyelusurinya, tetapi awak perlu membawa semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh masyarakat turut menyertai awak menyelusuri landasan ini.
Maka, sebar-sebarkanlah 15 pertanyaan penting ini kepada semua yang anda sayangi. Saya persilakan untuk awak translate 15 pertanyaan ini kepada bahasa-bahasa lain yang awak tahu dan sebarkannya ke seluruh pelusuk alam. Semoga kita mendapat redha Alloh SWT.

Di ambil dari http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=84952

Kuliyyah Tafsir dan Akidah

Oleh:,As-Syeikh Dr Abdullah Yassin


Juzuk 2,Surah Al-Baqarah,Ayat 163-167

وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (163) إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ (164) وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبًّا لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً وَأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ (165) إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُواْ مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ وَرَأَوُاْ الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الأَسْبَابُ (166) وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّؤُواْ مِنَّا كَذَلِكَ يُرِيهِمُ اللّهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ وَمَا هُم بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ

163. dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

164. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal Yang belayar di laut Dengan membawa benda-benda Yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan Yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan Yang tunduk (kepada Kuasa Allah) terapung-apung di antara langit Dengan bumi; Sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum Yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

165. (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

166. (Iaitu) ketika ketua-ketua Yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang Yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya Segala hubungan di antara mereka.

167. dan (pada masa Yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang Yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau Kami (dengan itu dapat Kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada Kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa Yang mendatangkan) penyesalan Yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.


Setelah ALLAH S.W.T melarang Ahl Kitab menyembunyikan kebenaran dalam ayat-ayat sebelum ini,dan bagi mereka yang berbuat demikianakan ditimpakan la'nat daripada ALLAH dan semua makhluk,maka pertama-tama kebenaran yang wajib dinyatakan dan tidak boleh disembunyikan ialah tentang Men-tawhid-kan ALLAH.

وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (163

163. dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Allah S.W.T menjelaskan dalam ayat di atas bahawa Dia Maha Esa dalam segala hal baik Dzat-nya,sifat-Nya ataupu Af'alnya(perbuatan-Nya).Hanya dia sahaja yang berhak dan layak disembah,tiada sekutu bagi-Nya.Disamping itu juga Dia adalah Maha Pemurahlagi Maha Mengasihani.Prof Dr Wahbah Al-Zuhaily berkata:Adapun rahsia dikhususkandi sini ialah sifat Wahdaniyah(ke-Esaan) dan Rahmah(Kasih Sayang),bukan sifat-sifat-Nya yang lain ialah untuk mengingatkan orang-orang Kafir yang menyembunyikan kebenaran bahawa ALLAh sahaja yang mampu menolong mereka dan tidak ada seorangpun selain Dia yang dapat menyelamatkan mereka daripada siksaannya.Dan selanjutnya menggalakkan mereka agar segera bertaubat kepada ALLAH dan jangan putus asa kerana ALLAH adalah Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

*Bersambung......
Koleksi Kuliyyah Tafsir dan Akidah bagi Juzuk 1 telah dibukukan dan boleh didapati dengan harga RM70.00 di Madrasah Al-Wahidah.Layari www.al-wahidah.com